Quantcast
Channel: Lady Barbella Voice
Viewing all 52 articles
Browse latest View live

Baby MI: labour room story.

$
0
0

Welcome to the world anak kedua ibu!! So automatically content blog ibu lepas ni akan diserikan lagi dengan story my little boy, M.I. Nama later story.

Macam tak best pulak nak update blog thru phone. Biasa update guna pc. But since dpt maternity leave for 3 month, dalam bulan november baru masuk keje semula, so better catat kat sini sementara masih ingtat pengalaman bersalin anak kedua. Kotlah terlupa nanti kan.

2 Ogos 2015

2.00 petang

Perut rasa memulas kat tempat keje. Aku ingatkan sakit perut pasal makan pulut durian 2 pinggan semalam. So pergi toilet sempatlah membuang. Haha agak lama jugaklah duk dalam tandas. Walau dah membuang rasa macam tak puas. Tetap rasa sakit perut. Bila dah lega perut memulas tu aku keluar dari toilet. Then terus solat zohor. Terasa sakit perut lagi macam senggugut tu. Dalam tengah solat tu risau je takut tercirit sebab rasa macam nak buang air besar je.

3.00 petang

Rasa memulas tu makin kuat. Masa ni terdetik dalam hati, aku dah nak beranak ke ni? Tapi any sign like blood show or air ketuban leaking ke apa takde pun. Even lendir pun takde. Tu aku ingat perut memulas pasal silap makan. Tak pun tu baby acah2 je. Sebab khamis minggu lepas aku rasa macam ada mild contraction jugak utk 2, 3 jam then hilang. That is why kali ni aku macam abaikan jugak contraction tu.

Aku siap install contraction timer application lagi kt phone hah. Every time  contraction dtg aku tekan button start then stop bila contraction berhenti. Bacaan contraction timer tu macam tak menyakinkan je yg tu adalah betul2 sign nk bersalin sebenarnya. Sebab jarak masa contraction tu tak consistent pun. Kejap 10 minit sekali, kejap 7 minit sekali, kejap 4 minit sekali. Then each contraction datang tu ada 10 saat, ada 49 saat.

Dalam pada ada rasa sakit tu aku tetap buat keje. Nak gambarkan makin lama makin kuat contraction tu aku rasa, sampaikan semudah keje buat surat tu aku kena betulkan 5 kali. 5 time bos aku check. Serious rasa blur gila kot time tu. Tengah betulkan satu dua surat then contraction datang, stop kejap keje. Then continue semula keje dah lupa apa aku betulkan tadi. Macam blur jap. So paksa diri betulkan semula then tinggalkan sikit pesanan kat officemate, terus jumpa boss mintak excuse nak keluar awal.

4.00 petang

Called zan bagitau sakit perut then otw balik ke rumah. Aku selamba bagitau zan tak payah balik lagi takut baby main-main je ni. Hahaha masa drive tu hanya Allah je tau betapa sakitnya tiap kali contraction datang. Setiap kali rasa sakit tu aku genggam stereng kete kuat-kuat. Rasa macam nak tercabut je stereng tu. Nasib baiklah otak aku masih boleh mengawal keadaan, boleh lagi tekan minyak pijak brek. Kereta bukan main banyak dengan traffic light lagi.

Around 4.45 gitu aku sampai kat klinik desa berdekatan rumah. Sempat lagi singgah klinik tu. Tujuan aku singgah tu sebenarnya nak mintak dia buat vagina examination (VE) then nak confirm kan betul ke sakit yang aku rasa tu contraction. Bila je aku sampai depan pintu klinik, one of the nurse kat situ yang kenal aku terus tanya,

"Npe na, nak beranak dah ke?"

Woww dia tau weh aku tengah menahan contraction.

Pastu aku tunjuk contraction timer tu. Dia cakap tak consistent ni tapi bila tengok cara aku tahan sakit then alu tarik nafas macam orang tak ckup nafas tu dia cakap memang nak bersalin tu even due aku 8 ogos. Aku nak jugak dia buat ve tau. Masih degil tu aku nak terima kenyataan nak bersalin hari tu. Haha sebabnya konon 1 day before due zan akan balik kira pandai2 je aku bajet bersalin 8 ogos. Haha then esok harinya officemate ajak lunch kat kedai pok mat. Tu antara wishlist aku nk mkan before bersalin. Haha

Tapikan nurse bagitau aku, kalo dia buat ve then leaking, dia akan terus bawak aku naik ambulans ke hospital tumpat.  Bla dengar je kena bersalin kat hospital tumpat, terus rasa taknak. Sebab dalam minda aku dah set nak beranak kat hospital kota bharu. Then nurse suruh balik mandi-mandi dulu then fikir nak bersalin kt mana. Kalau nak bersalin kat hospital tumpat, nurse mintak aku col semula then ambulans aku datang ke rumah. Tapi kalau aku nak g hospital kb aku kena guna transport sendiri.

So baliklah ke rumah dalam keadaan dilema dan sakit yang makin kuat.

5.00 petang

Sampai depan rumah, park kereta,  melangkah keluar kereta je terus rasa tak boleh nak berjalan. Sakit gilaaaaaa. Rasa nak berak je. Aku terus jerit bila nampak makcik aku kat pokok limau sebelah rumah. Hahaha gitu terperinci hah aku cite. Hehe

Aku bagitau sakit perut nak beranak. Kelam kabut hah dia orang. Masuk dalam rumah je aku masuk bilik air sebab rasa nak kencing tapi malangnya takde keluar pun. Tak sempat nak mandi, mak aku terus salin baju, then aku call ambulans cakap nak g hospital tumpat je sebab rasa tak tahan sgt dah. Malangnya ambulans pulak takde. Grrrrr

Nasib baik jiran ada masa tu. So jiran tolong hantar. Masa dalam kerete tu aku rasa macam nak push je. Dengan banyak kereta susah nak keluar simpangnya. Ya allah tuhan saje tau rasa sakit tu. Jiran dengan mak aku mintak aku tahan takut bersalin dalam kete je. Hahaha

Around 5.30 kot aku sampai kat hospital. Memang dekat je hospital dengan rumah. Memang tak tertanggung dah rasa sakit dengan tak boleh nak jalannya. Mak aku uruskan registration kat bahagian kecemasan then guard tolong tolak kerusi roda aku ke labour room. Laju gila dia tolak kerusi sebab aku cakap nak berak rasa. Dia pun takut tengok aku. Haha siap dia tanya npe tak datang awal2. Hoh aku tak tau nak jawab mcm mana.

Sampai labour room masuk bilik rawatan then nurse check bukaan. Rupanya dah 6cm. Dia terus jerit kat nurse baju biru get ready semua. Aku naik kerusi roda sekali lg then naik atas katil yg dia org prepared. Then nurse baju biru (sister ke midwife entah) buat ve sekali lagi then dia bagitau aku dah 10cm. Kalau rasa nak push je push sekuat hati.

Aku macam blur2 masa tu. Bila dengar 10cm tba2 contraction yg beriya dtg td dh hlg. Aku siap cakap tak rasa nak berak dah. Rasa nangtuk nak tdo. Hahaha nurse tu ckp,

" ish awak ni macam nak push kalau nak tdo ni."

"Hbs tak rasa sakit perut dah. Rasa ngtk je" -aku. Menjawab tu tak tahan. Haha

"Kalau rasa nak berak push je. Sy tunggu." -nurse

"Takde doktor ke?" -aku

"Takde. Sy je uruskan sume" -nurse

Pergh biar betik! Aku memang btl2 tercengganglah masa tu. Smpai lupa tujuan dtg hospital kenapa. Aku relaks je baring sekali contraction dtg br aku ingat nak kena push. Sktnya rasa masa tu tak tertanggung hah. Rasanya masa naurah dlu contraction tu aku blh kawal je dengan cara bernafas dgn btl tp kali ni semua kelam kabut. Nak bernafas oun susah.

Mula2 tu masa aku tengah relaks2 nurse tnya ada sape2 tak nk temankan aku waktu bersalin. Aku cakaplah suami tak sampai lg. Then yang kt luar ada mak je. Dia ckap blh je mntk mak temankan. Tapi dengan yakin aku ckp xpe taknak.

Tapi sekali contraction dtg rasa tak cukup nafas nak bernyawa, nak angkat kepala rapat ke dada pun tak boleh, aku terus mintak nurse panggil mak masuk. Kejap tu mak masuk. Mak pegang tgn, bisik kt aku suruh selawat, br ada semangat sikit nak push. Bila skt perut dtg aku terus push pastu tersembur hah air ketuban pecah sekali dgn baby meluncur laju keluar. Nurse terkejut hah sambut baby aku. Haha dia cakap habis basah kasut saya. Hahaha

Aku pun pelik kenapa nurse tu tak pecahkan air ketuban aku awal2. Dia just sedut air kencing je guna wayar tu. Darah pun takde keluar masa dia buat ve.

Semuanya berlaku dengan pantas. Selepas baby keluar, nurse baju putih dtg ambik baby. Then nurse baju biru uruskan jahit miss v. Banyak jugaklah sebab aku terangkat bontot di luar sedar. 

Eh aku masih rasa blur lg ni even dah bersalin sbb takkan lah hospital tu xde doc langsung nk uruskan org bersalin. Ni bulat2 serah kt tgn nurse. Sorang2 pulak tu. Dulu kt hospital kb, aku rasa rmai gila kot nurse standby dengan doktor sorang, nurse baju biru 2 orang.

Tpi nasib baik takde luka yg serius so nurse tu just doing her job jayanya. Dalam rekod kelahiran dia org tulis lahir pada pukul 5.50pm. Tapi bla aku tgk balik kat whatsapp yg aku hntr kt group which is aku dh selamat bersalin before 5.50 kot. Dlm 5.40 gitu. Aku pun confuse..maybe jam kat hospital lambat kot.

Dah siap jahit around 6.30 gitu aku masud ward. Sampai kt katil tengok aku dah tunggu kt situ. Cepat gila settle semua benda. Then baru aku ingt nak col zan. Zan terkejut gila tau aku dh bersalin. Dia br nk bertolak balik malam tu. Tp since dah selamat semuanya aku suruh dia balik esok pagi je. Tak payahlah rushing sebab dah selamat pun.

Begitulah kisahnya....

Bila fikir semula kan, andai kata aku berkeras nak bersalin kt hospital kb mesti tak sempat nak sampaikan. Dahlah waktu kemuncak org balik keje. Dengan jalan jemnya nak keluar ke bandar tu.

Syukur Allah swt permudahkan segalanya buat aku dan baby. Esoknya pukul 12pm dah disscharge.

Alhamdulillah baby ok.

Till then.


Muhammad Irfan

$
0
0
Hellooo!!!!!

2 months++ kot tak update blog since aku cuti bersalin. Last update pasal bersalinkan my second baby. Aku rasa banyak gila nak cerita about my new routine, post natal care, Naurah, baby, raya aidilfitri, raya aidiladha etc. Slowly ok, janji cerita untuk kenangan. Sebabnya aku ni syok sendiri, bila bosan belek2 baca blog sendiri. Pastu tersengih2, pastu terjumpa salah ejaan berlambak. Konon nak taip laju tapi jari jemari debab. HAHAHA

So, lets story about my little baby boy dulu. Because no story about him lagi kat dalam blog ni except cerita bersalinkan dia tu, then no label lagi, meh kita buat label baru : Muhammad Irfan.

Ha ah, nama anak kedua adalah Muhammad Irfan. Irfan bermaksud kebijaksanaan, kesyukuran dan pengetahuan. Nama tu Zan yang pilih. Aku dah tak kuasa nak bangkang. Kalau dulu 1st baby memang aku yang cari then kebetulan dia pun suka. This time aku suka nama Ahmad Luthfy. Tapi katanya, anak kawan dia pun nama Ahmad Luthfy jugak. Apakah? Biar jelah kan. hish tak puas hati betul. So okay la dia beriya nak namakan anak lelaki kan. Janji nama tu pendek je dan ada maksdu yang baik. Aku taknak 2 patah perkataan for anak lelaki. So, Irfan adalah pilihan. Naurah pun senang sebut nama Irfan.

2 November, dua tiga hari lepas Irfan genap 3 months old. Aku pun dah start masuk kerja hari selasa masa dia genap 3 tahun tu. Bila nak start cerita pasal Irfan ni, aku macam menghela nafas panjang sikit. Sebab dia amat berlainan dari Naurah. Sangat, sangat dan sangat! AKu rasa bila muncul Irfan ni, this is new experience for me. Macam mak baru anak sorang. Tak taulah memang gitu perangainya atau salah letak nama ni. hahaha

Just random stroy lah ye.

Meragam 24/7.

Percaya atau tak, dari dia lahir sampai ke hari ni, dia tido malam wajib berbantalkan lengan aku. Pergh, lenguh gila kot lengan aku. Kalau letak kepala dia atas bantal, memang tido tak senang. Ada je bunyi dia buat, sambil tonyoh2 tangan kat muka. Kadang-kadang aku buat bodoh je nak tengok dia macam mana. Tapinya kalau tak dilayan sure dia nangis ok. Satu rumah boleh terjaga dengar dia menangis. Ko rasa jiran-jiran tak takut ke dengar suara nyaring baby menangis 2,3 pagi macam berhantu. So i dont have any choice. Terpaksa!

Siang hari pulak, dia akan tidur dalam buaian. Dia memang tak akan nyenyak tido atas tilam kecuali kalau aku tido sama berbantalkan lengan aku macam waktu malam. Tak kuasa mak. Tak kan siang malam nak tidokan.

Suara anak lelaki aku ni kuat okay kalau dia mendengus marah. Garang macam aku ni. kata mak aku la. haha 

Lain sangat dengan Naurah yang super mudah. Malam relaks je tido. Siang tido atas tilam, Naurah tak mau pun buaian bagai.

Agak suka menangis.

Asal nak tido mesti menangis. Asal nak susu menangis. Kena pujuk-pujuk dulu. Some baby kan, kalau nak susu tu, kita bf jela kan terus menyusunya tapi Irfan dia terus nangis, berdengus marah-marah gitu, nak kena pujuk-pujuk, dukung-dukung bagi berhenti nangis baru dia bf. Aku tak faham betul. Bila dia duk diam-diam aku sua nak bf, dia tak nak pulak. Agak dah lapar sgt nak marah-marah pulak.

Dia kan, kalau menangis, bukan takat nangis biasa. Tahap nangis selok sambil mata terpejam rapat, mulut ternganga tapi suara tak keluar. Serius, 1st time aku tengok ngeri amat. Macam kejung badan gitu. Ya Allah takutnya aku. Dia punya nangis tu macam sakit amatlah!  Padahal mengamuk nak tido je pung. Kang dia tengah syok tido dalam buaian, kalau bunyi bising or ada something buat dia terkejut, mulalah dia nangis tak ingat dunia. Pernah satu hari dia tido, Naurah tengah main apa entah, pastu benda tu terjatuh sampai dia terkejut, dia punya menangis dari pukul 2 petang sampai pukul 5 petang tak berhenti ok. Aku pujuk baring bari susu dia reject. Takut gila. 

Naurah dulu nak dengar dia nangis pun susah. Macam besar sekarang la, kalau sakit sikit-sikit, berdarah sebab jatuh tu relaks je. Takde nya nak nangis2.

Debab

Berat Irfan masa lahir 3kg je. Naurah lagi champion. After jaundice dia ok dalam 2,3 minggu macam tu, terus badan dia naik dengan lajunya. Terasa lenguh jugaklah tangan ni. Dia bf tak banyak tau. Jenis bf sikit-sikit tapi kerap. Mengantuk gila, malam-malam adalah dalam 4,5 kali aku bangun bf dia. Last check up kat klinik ritu, berat dia for 2 month adalah 6.1kg. Ahad ni check up for 3month. Entah berapa naik tu.

Naurah dulu nampak je montel tapi tak semontel Irfan. Sebab Naurah tinggi kot. Irfan rendah sikit dari Irfan. Gen ayah barangkali. Naurah gen ibu. gitu! hahaha

Meniarap

Hoih, tak padan badan debab ok, 2 bulan lebih ritu, Irfan dah pandai meniarap dan pusingkan badan dia. Terkejut kita orang. Kalau ikutkan milestone Naurah dulu, tak silap nak masuk 4 bulan jugak kot baru Naurah meniarap. Ngeri pulak aku. Trauma bersalin tak hilang lagi, tiba-tiba rasa anak dah nk besar. Tak puas nak gomol-gomol lagi. Kang esok-esok dah dapat kaki makin ligat, susah pulak nak gomol-gomol dengan rakus. HAHAHA

Reject bottle feeding

Bukan setakat susah, siap tak mau lagi menyusu guna botol.. Nak direct feeding je. Padahal aku bagi ebm 2 bulan sebelum kerja kot. Pun tak jalan. Macam-macam try ok. Risau gila. Eh, alih-alih aku tinggalkan pergi kerja ni, elok pulak dia menyusu. Kalau sebelum ni, memang selok nangis, siap muntah bagai kalau dipaksa. Kesian sangat. Alhamdulillah, takdelah aku susah hati sangat. Nak buat stok ebm pun semangat sikit. Naurah dulu seminggu sebelum kerja baru aku ajar guna botol, relaks je dia hisap. hehe


Apa lagi ye, hah, Irfan takde eczema rasanya even mild eczema sekali pun. Tak macam Naurah. Kulit dia jenis sensitif. Kalau kena gigit nyamuk or semut, mulalah membengkak macam kena tumbuk.

Eh, satu lagi, Irfan sekarang pantang tengok orang makan. Bila dia tengok orang makan, dia jilat bibir dia pastu telan air liur, then melompat-melompat nak bangun bila orang pengan. OMG! ngeri. Bukan ngeri apa, takut disuapkan macam-macam bila nampak anak nak makan sangat-sangat. Sabarlah Irfan.


Apa lagi eh, macam dah lupa pulak. Nantilah update milestone dia dari semasa ke semasa. Meh nak share picture Irfan dari umur sehari sampai hari ni. 

Right after deliver, terus masuk ward. After maghrib Naurah datang nak hantar barang tapi kesian dia tak dapat masuk sebab waktu melawat dah habis. Ibu sebak waktu ni. Tapi dia happy aje. Siap bye ibu lagi.
Day 1.

 
Lupa hari ke berapa tapi masih dalam pantang lagi ni.

 
Dalam pantang, adik seksi habis pasal panas sangat cuaca kat kampung. Kesian dia naik bintik-bintik merah kat badan.


Kakak yang penyayang.  konon la, kadang-kadang pi gigit jugak adik. haha








 
Ni dah lepas 44 hari. Dah kena botakkan kepala.

Masuk 2 bulan, dia dah acah-acah nak meniarap. Owh, btw ada yg tanya aku kenapa tutup pusat dia. bukan sebab pusat dia terjojol keluar ye tapi sebab budak ni taknak pakai bengkung. So takut kang angin masuk kot kembung perut, maka tutuplah pusat dia.

 
His 1st big smile

 
dah 2 bulan lebih. Montel sangat dah ni.





My favourite picture so far







Paling latest. a few days sebelum kerja


yeay, finally he can roll over his body






Till then.




Hubster's Birthday

$
0
0
On 7th November adalah birthday husband darling. Iaitu semalam. Birthday man tak balik pun tapi we all saje je plan nak buat cake untuk birthday dia, bagi dia padan muka terliur. Siapa suruh kerja jauh dari we all kan. Hari-hari aku sent gambar makanan kat Zan, hari-hari dia cakap sedapnya. Bila tanya dia makan apa, nasi bujang lah apa lagi kan. Kadang nasi lemak, kadang-kadnag nasi ayam, kadang-kadang meggi dan sebagainya. Padan muka, duk jauh dengan bini yang rajin masak. haha

Nampak kejam kan? Tapi tulah salah satu cara, kita nak kasi ajar secara halus supaya dia cepat-cepat tukar kerja, dapat stay dengan kami. hehe Susah nak cari kerja baru pun ye tapi takpelah, slowly kan. Aku tak kisah pun LDR ni since dah stay dengan family. Tapi Zan lah kesian jugak, makin lama makin kurus je aku tengoknya. Sampaikan balik raya haji hari tu ada yang tanya aku, husband aku makan ubat kurus apa. Dia pun nak kasi laki dia makan. Haha Kelakar. Aku just jawab, dia tak makan ubat kurus pun. Tapi dia kurus pasal bini tak kasi makan. Tergelak je Zan dengar jawapan aku.

Ok, back to the story, saje nak kasi suprise kat husband tanda kami ingat dan nakkkkk sangat celebrate birthday dia together kan, maka beriya aku buat kek hah. Naurah lah paling excited bila cakap nak buat kek. Aku cakap esok birthday ayah. Terus dia jawab "ayah potong kek appy a to u ke? Tapi ayah keje". Aku pun jawab, "Naurah lah potong kek birthday ayah, lepas tu Naurah makan ye". Tak tahan tu dia balas macam ni, "ha ah, padan muka ayah tak boleh makan kek". haha terkojut mak ko naurah oii.

Malam tu baked siap-siap kek. Lepas kek siap, tunggu turn nak deko, naurah dah tido. Melepas nak bagi dia main dengan icing. Aku no hal nya nak kemaskan dia semula before tido. Takpelah Naurah next time tunggu ayah balik kita deko sama-sama ye.

Beginilah rupanya. Comot sangat. Maklumlah tangan tak berseni. Tak kreatif pulak tu.
 
Tapi aku tetap impress dengan diri sendiri jugaklah mampu menghasilkan seketul kek. haha

Red Velvet cake. Mulanya aku nak buat kek yang simple je, risaulah takut tak menjadi. Like nak buat kek butter tapi butter pulak takde. Nak buat kek kukus macam tak kena pulak nak letak icing, takut tak sedap. Baru teringat ada resepi RV yang aku belajar dulu berkurun simpan, tak pernah cuba buat, so jadilah keknya.

Naurah kan, dia bangun je pagi dia tanya mana kek dia buat malam tadi. Sekali aku tunjuk kek ni dah berupa rupa, harus dia tak sabar nak potong. Tu yang baju tak bertukar tu. Dengan tak mandi lagi siap potong kek. haha




Begitulah ceritanya semalam. Ucapan sweet tahap diabetes aku hantar melalui whatsapp tepat pukul 12am.Thats all.


Till then.

WhatsApp Group katanya

$
0
0
Sehingga minggu lepaskan, almost 20 whatsapp group yang aku join. Join jelah tapi melayannya tak. Ko ghasee mampu ke mak nak menyampuk semua whatsapp group tu semua? anak nak letak mana, kerja tak payah buat ke? 

Gini hah, aku rasa since aku balik kampung ni (or sejak tukar tempat kerja ni) memang aku dah slow sangat-sangat layan sembang kat whatsapp group. Reason nya satu je TAK CUKUP MASA! Eh, macamlah aku sorang je busy kan, macamlah aku sorang je ada anak-anak nak uruskan, macamlah aku sorang je yang kerja kan. Orang lain rileks je kan boleh sembang-sembang kan.

Itulah, orang lain semua-semua hebat, pandai bahagikan masa tapi bukan aku. Sebenarnya antara 20 whatsapp group tu antaranyalah group mak-mak, group blogger, group mak-mak blogger, group zaman sekolah rendah, group sekolah menengah, group UM, group kerja sekarang, group LDR, group family mertua, group jiran tetangga, AJK itu AJK ini etc. T_T

Dah kenapa join segala jenis mak nenek, akhirnya kau menyepi. Baik tak payah join. Betul tak?

Begini, group-group tu semua bukan aku yang create. Orang invite aku untuk join. Invite tu senang aje, just masukkan no.hp kita, then settle! Kalau rasa menyemak sangat, left the group jela kan. Haaaa, bila tiba time nak left the group tulah yang tak best. Sebab nanti orang ingat kau taknak berkawan pulak kan, nanti kata sombong tapi kalau tak menyampuk pun dilabel sombong jugak kot, kan? Akhirnya aku sendiri konfius, kenapa entah aku join whatsapp group banyak-banyak ni. 

Eh, tapi bila fikir kembali, ada faedahnya jugak. Macam group kawan-kawan sekolah ect semua tu, kan lama tak contact, boleh tau perkembangan diri masing-masing, kalau ada kenduri etc senang nak invite kawan-kawan through group kan. Macam group mak-mak pun best jugak, banyak info yang diperoleh. Kalau group AJK wajiblah join nanti orang bagi arahan kerja apa-apa ko tak alert pulak. Cuma bila dah habis program bolehlah ko left the group.

Cuma sekarang ni nak bagitau, since ada kawan whatapp personally kat aku, why diam je kan. 

Begini, serba ringkasnya,
 
1) Kena uruskan anak-anak

Ye, orang lain pun ada anak jugak. Tapi aku tak hebat macam orang lain dalam menguruskan anak-anak. Aku pergi kerja dari pukul 6.45 pagi (anak-anak masih tido), then pukul 6.30 baru sampai rumah. Biasanya balik rumah bf Irfan dulu sambil dengar segala aduan dan cerita Naurah. Lepas tu mandikan anak-anak. Then aku pulak mandi, while mak aku take over jaga Irfan. Pukul 8 lebih dah masuk bilik sebab nak tidurkan Irfan. Anak lelaki aku ni lain sangat dengan kakak dia. Nak tidur, tak boleh bising-bising, tak boleh dengar suara orang walaupun sekadar berbisik. Nanti dia punya melalak, mau sejam nak kena pujuk. Paling dia tak suka, bila dengar suara aku time dia tengah bf. Padahal aku nak bagitau Naurah je, cakap slow-slow while ibu tengah bf adik. Tapi Irfan ni, jenis perangai dia, dengar je suara aku, dia akan stop bf, dia pandang muka aku, terus mencebik. Kalau kena gaya tak jadilah dia nangis, tapi kerap kali jugaklah dia tak makan dek pujukan, so meraunglah jawabnya. Aku cukup trauma dengar dia nangis selok k. Tu pasal after Maghrib kena tidokan dia dlu. Kalau dia dah tidur dengan lena dalam bilik, bolehlah aku angkut dia slow-slow masukkan dalam buaian kat bawah, depan tv. Hah time tu ko nak pasang tv kuat-kuat ke, nak bercakap bagi jiran sebelah dengar ke, dia dah tak kisah. Dia tak sedar apa dah. Ni malam kang Gegar Vaganza, harus aku tidokan dia siap-siap, kang nak pasang tv kuat-kuat dengar Acong dengan Farahdhiya nyanyi pulak. kehkeh

Lepas Irfan tido, kena layan Naurah pulak. Biasanya aku akan tanya dia macam-macamlah based on benda yang dia mengadu kat aku tadi tu. Tadikan masa bf Irfan, aku mengiyakan je, main angguk je kepala apa dia cerita. Kang tak bagi respon kesian pulak. Sebenarnya dalam dia duk bercerita tu, banyak je benda yang aku nak tanya dia tapi suara tersekat kat kerongkong. Malam tulah banyak benda yang aku kena respon. Antaranya lah:

Dia mengadu tadi umi (makcik aku) pukul kaki dia

"Tadi umi pukul awah" - Naurah

 " Umi pukul kat mana" - Ibu

"Kat sini (sambil tunjuk betis dia)"- Naurah

"Kenapa umi pukul awah? "- Ibu

"Sebab Awah lintas jalan"- Naurah

"Kenapa Awah lintas jalan?"- Ibu

"Sebab Awah nak pergi main dengan Amni"- Naurah
 
"Selalunya ibu pesan apa kat Awah kalau nak main kat luar?"- Ibu

"Jangan lintas jalan. Nanti berdarah macam ayam kena langgar (hari tu dia tengok ada ayam berdarah tergolek kat tengah jalan.)"- Naurah

"Habis tu kenapa Naurah lintas jalan jugak"- Ibu

"Sebab Amni taknak datang bila Awah panggil"- Naurah

"Ibu dah cakapkan, kalau Amni taknak datang, Awah tunggulah Amni kat rumah kejap. Mungkin Amni nak minum air dulu ke, nak kencing dulu ke, nanti Amni datang la."- Ibu

 "Ok ibu"- Naurah
 
Naurah tak takut ke berdarah macam ayam tu? Ayam tu sakit tau berdarah kena langgar dengan moto. Awah taknak jadi macam ayam kan?"- Ibu

"Taknak. Ibu sedih?"- Naurah

"Yela, ibu sedihlah kalau Naurah taknak dengar cakap ibu."- Ibu

"Bukan. Ibu sedih ke kalau awah berdarah macam ayam?"-  Naurah

"Mesti la ibu sedih. Ibu kan sayang awah. Ibu taknak la tengok anak ibu sakit."- ibu

"Umi sedih?"- Naurah

"Yela, umi sedihlah. Sebab tu umi pukul awah. Sebab umi tak bagi awah lintas jalan. Kalau umi tak pukul mesti lain kali awah lintas jalan lagi. Kena pukul sakitkan? Tapi berdarah macam ayam lagiiiiiiiiiii sakit."- ibu

"Yela, Awah tak lintas jalan lagi."- Naurah

Korang yang baca perbualan antara kami pun naik semput kan? Apatah lagi aku yang melayan. Tu baru 1 benda dia mengadu. Kadang sehari ada hampir 10 report, bayangkan betapa lama kena spent quality time dengan dia. Takkan la dia beriya cite kat aku, aku pulak acah tak acah je layan dia sambil tangan duk pegang hp. Memang tak la aku nak buat macam tu. Biasanya kami bercakap dalam posisi dia ada depan aku sambil pegang tangan aku atau dia duduk atas riba then aku peluk dia atau sambil dia baring atas peha aku sambil tu aku usap kepala dia atau sambil suapkan dia nasi.

Satu lagi, Naurah pantang tengok aku pegang hp, confirm dia nak jugak. Biasanya dia nak main game atau pun dia tekan whatsapp voice kat ayah dia. Nanti kang ayah dia reply la.

Tu lah sebab utama aku jarang pegang hp lama-lama kat rumah. Paling kurang pun pegang hp seminit nak ambik gambar. haha Tu belum cerita nak balas komen kat fb, IG segala. Kadang esok hari baru reply, tu pun kalau ingat.


2) House chores

Aku ni memang la beruntung, bertuah dapat stay dengan mak. Anak-anak mak jaga, balik kerja dah ada makanan tersedia. Baju-baju semua mak dah basuh pagi tadi, siap sidai lagi. Habis tu balik kerja, dah uruskan anak segala, anak-anak nak tido, takkan aku nak layan hp pulak kan. Biadap sangat rasanya.

Biasanya bila anak dah tdo atau siap uruskan anak-anak, aku akan take over kerja rumah pulak. Alah tak banyak mana pun. Apalah kerja rumah boleh dibuat waktu malam. Adalah macam lipat baju, susun baju yang dah lipat kat almari, dinner dengan mak, sambil tu borak-borak lah apa aku buat kat opis tadi, then mak pun bercerita lah perihal anak-anak aku, apa-apa jelah yang mak nak cerita. Dah takkan la time borak-borak dengan family aku nak pegang hp reply whatsapp kan. Mak penat jaga anak-anak aku waktu siang, malam-malam mak pun nk lepaskan tension luahkan segala penat dia jaga anak-anak, haruslah aku dengar elok-elok. Bukanlah mak mengeluh penat ke apa, tapi mak ceritalah Irfan menyusu banyak tadi, Irfan tido lama tadi tapi terjaga sebab Naurah pi kejutkan, alah benda remeh je tapi besar maknanya kat aku.

Satu lagi kerja rumah yang biasa aku buat adalah urusan di dapur. Biasa pinggan, periuk, cawan etc yang belum basuh tu, aku settlekan. Kesian mak kat rumah dah masak, jaga anak aku, takkan lah mak nak jadi bibik pulak nak kemas segala benda kat dapurkan.

3) Kerja

Kalau waktu kerja, office hours, jarang sangatlah aku tengok hp untuk reply whatsapp group. U know what i mean, kalau nak melayan whatsapp group waktu kerja, memang takkan buat kerja punya. Tu time busy la. Kalau tak busy boleh aje reply. Cuma sekarang boleh dikatakan adalah waktu yang sibuk buat aku. Kena settlekan itu ini before dateline. Kang sekali melayan sembang, tak jalan kerja. Eh, dulu pun kerja jugak tapi sempat je layan sembang. Tulah aku nak cakap, kerja dulu suasana dia lain, sekarang lain. Tapi better lah aku tak payah nak cerita dalam blog ni.



Dulukan, masa duk berdua je dengan Naurah kat Kuantan nun, boleh je aku layan whatsapp group bila Naurah dah tido. Pasal rumah aku sepah ke, takde orang ambik peduli. Kurang-kurang hari minggu aku kemas. Sekarang mana boleh macam tu. Rumah mak, kena la tolong. Dahlah anak aku sepahkan mainan sepanjang hari dah, takkan lah aku nak biarkan je kan. Dulu balik kerja aku tapau je makanan, habis makan, aku buang la bekas makanan tu. Sekarnag mak dah masak, kena la rajin cuci pinggan, kuali, periuk etc. Dulu aku tido lewat around 11pm (layan running man sambil balas-balas whatsapp) relaks je. Sekarang kul 8 pun mata aku dah nak terlelap. Mau tak mengantuk, bangun menyusukan Irfan aje dah 5,6 kali, tup-tup tengok jam dah pukul 5 lebih. Dulu, aku tidur lewat pun takdenya terjaga sampai 5,6 kali. Bangun sekali je kot buat susu untuk Naurah. Nak pergi kerja bangun pukul 6.40 pun sempat lagi. Pasal tempat kerja dekat aje. Sekarang kena bangun pukul 5.30 sebab jarak dari rumah ke tempat kerja jauh. Balik pulak pukul 6.30 petang. Dulu, pukul 5.15 petang dah sampai rumah. Siap boleh nap kejap sambil Naurah duk layan tv atau main telefon. 

Memang beza sangat rutin dulu dengan sekarang. Aku tak boleh nak sesuaikan diri lagi dan adjust dengan lagi baik. Cukuplah sekadar aku masih mempunyai sisa tenaga dan masa untuk melayan anak bila balik kerja tu. Tu paling penting.

Kiranya ada kawan yang berkecil hati aku tak sempat join sembang tu bukan bererti sombong. Nasib baik jugak ada kawan yang memahami, apa-apa perkara penting aku terlepas dalam whatsapp group, kawan aku whatsapp personally. Like dia orang plan nak buat reunion ke apa ke kan. Kalau whatsapp personally insya allah aku sempat reply, pasal jawapan tak payah meleret. gituuuu.



Begitulah lebih kurang. Aku percaya kawan-kawan aku hatinya suci. Takde fikir buruk-buruk pasal kawan, kan? Sebab kita kan kawan. hehe

Husnuzon.


My Precious.




Till then.


Breastfeeding Journey Muhammad Irfan, so far

$
0
0
Hello there!

Untuk second baby ni, perjalanan bf adalah sangat mencabar untuk aku. Macam-macam karenah dan ragam. Compare dengan Naurah dulu, 3,4 hari awal je agak struggle untuk bf dia pasal susu tak keluar. After urut dengan bidan, bf journey was success and excellent gitu. Siap aku jadi marmet technique expert hah. No need breast pump at all. Tq to bidan kampung yang ajar aku marmet. Alhamdulillah, Naurah dapat eksklusif bf sehingga 6 month. Walaupun dah bagi solid food, aku tetap continue bekalkan ebm kat bs untuk bagi pada Naurah sehinggalah 1 year++. Until 2 years++ she bite my *** sampai berdarah, then dia stop dengan sendirinya bf. Alhamdulillah jugak dia senang terima 100% formula milk tanpa merindui susu ibu. Alhamdulillah for that. Tak payah ibu struggle nak lumur segala macam benda untuk Naurah let go bf. Alhamdulillah.

So, for the second chance Allah SWT bagi untuk Muhammad Irfan ni, agak mencabar. There is ups and downs situation yang terpaksa i hadapi. 

1. Early birth

Sebaik sahaja deliver baby dan dipindahkan ke ward, first thing aku buat ialah bf Irfan. Dalam kepala aku masa tu, dah set susu mesti ada ni. Irfan pun kemain relaks duk latched. Cuma aku tension bila Irfan kerap menangis lepas bf. Baik nurse or my family duk tanya susu tak keluar ke? Dan, aku pun macam duk fikir macam tu. Sebabnya biasakan kalo baby tengah bf kita boleh rasa macam milk produce like ada something kat miss b. Kali ni i don't feel nothing. Tu buat aku musykil. Sempat stress jugaklah pasal susu ni si awal-awalnya. 

So aku pun contactlah bidan yang pernah urut time Naurah dulu. Memang niat nak ambik dia jugaklah complete berurut. Best sangat dia tu. Malangnya, tak ada rezeki aku kali ni. Bidan tu tak sihat, terpaksa stay dengan anak dia kat Terengganu. Aku cari bidan lain atas suggestion nurse yang datang check up kat rumah. Masa tu dah masuk hari ke7 baru bidan datang. Errr, tak best langsung dia urut. Miss B langsung dia tak sentuh tau. Aku mengharapkan dia boleh urut Miss B supaya susu bertambah meriah, kotlah urat-urat susu tersumbat bla bla bla kan (just like orang-orang tua cakap). 

Macam-macam lah aku cuba makan untuk produce more milk. Susu, kurma, habbatus sauda etc. Terpaksalah pagi petang siang malam mendengar Irfan menangis. Aku tak taulah dia menangis because of tak puas menyusu atau memang dia jenis baby yang suka menangis. Pasal sampai hari ni kadang-kadang dia jenis moody even dah kenyang menyusu.

Tapi lama kelaman (i think two weeks after that), susu mula meriah just like kakak dia dulu. Alhamdulillah.

2. Reject EBM ( At first)

Bila dah start nak masuk kerja, dalam 1 month before tu aku dah start nak buat stok ebm. Dan juga dah start ajar Irfan menyusu guna botol. Malangnya, dia bukan jenis mudah macam kakak dia. Dia reject terus botol. Dah puas pujuk pun tak jalan. Ada jugak aku biar dia lapar, terpaksa keraskan hati bagi dia menangis nak susu, kotlah dia nak botol kan tapi takdenya. End up dia tido dalam kelaparan. Sedih pulak aku. Kejam sangat rasa. Lepas pada tu, aku tetap la bf dia macam biasa. Misi untuk bagi dia botol failed.

So aku buat kesimpulan sendiri, maybe dia reject ebm kot. So aku sempat beli setin susu S26 bagi dia rasa. Pun dia taknak jugak. Taulah aku, sekarang bukan masalah susu tapi bottle feeding. Sampaikan beberapa teat jugak aku tukar, tetap tak berjaya. Pernah satu hari aku keluar ke Pekan. Masa tu dia tidur tau, so aku bajet keluar kejap jelah. Tup-tup dia terjaga. Mak aku cite masa dia bangun ok lagi duk layan dia main, tapi setelah hampir sejam dia terjaga, then aku tak balik-balik lagi, dia mula merengek nak susu. Masa tu mak aku kalut dah. Bagi susu botol pun taknak jugak. Mak aku pulak bila kalut, handphone yang terletak atas almari pun dia tak jumpa bila cari. Maka meraung la Irfan hampir setengah jam, baru aku sampai. Bila kereta masuk parking depan rumah tu, aku dah nampak Irfan selok menangis (definisi selok nangis versi Irfan : mulut ternganga seluasnya + mata terpejam rapat + takde suara keluar + kedua-dua tangan terangkat dengan menunjukkan dua penumbuk). 

Sejak dari itu, susah aku nak tinggalkan dia. Tu last time aku tinggalkan selepas berpantang. Mak fobia.

1 week before masuk kerja, baru dia mula terima menyusu guna botol. Terkejut kami. Entah macam mana, one day may mum bagi dia main-main teat NUK yang leper tu. Dia duk tonyoh2 teat tu masuk mulut. Just teat only, tanpa botol. Tengok elok dia duk tonyoh2 masuk mulut, siap dia hisap lagi teat tu. So my mum suruh marmet sikit susu letak dalam botol. Then bagi dia pegang botol dengan sendiri. Mula-mula dia duk jilat botol tu, then jatuh, we all bagi lagi botol sampailah mulut dia terkena bahagian teat tu, surprisingly dia hisap botol tu dengan sendiri sampai susu tu habis. botol tu kami tak pegang pun just sendal dengan towel kecik kat dada. once dia nak breath, teat tu terkeluar dari mulut, botol tu jatuh, then kami tolong angkat semula letak atas dada dia, dia terus menyusu. Alhamdulillah. 

1st day work tu called mak, mak cakap Irfan elok je menyusu, takde menangis dah. Takde drama kena pujuk dulu ke, kena sendal towel kat dada ke. Just letak je teat kat mulut dia, kemain laju dia nyonyot. Phewwww~~

3. Reject bf (pulak dahhhh)

Ni masalah terbesar sekarang. Since dia dah mabuk kepayang dengan bottle feeding, dia kerap kali buat onar bila nk bf dia. Ibu pening kepala betul. Bila nak bf dia kan, dia pusing kepala ke arah bertentangan tau. Kalau dipaksa-paksa memang dia mengamuk habis. So, kenalah guna EBM stock dulu, isi dalam botol agak-agak 2oz, bila habis je botol cepat-cepat gantikan dengan bf. Tu pun kadang-kadang depends on mood dia. Kalau mood baik, dia suck la. Kalau tak, dia akan mengamuk habis. Sebabnya bf kan kena latching dulu baru boleh susu nak produce, dia jenis tak menyabor, suck terus keluar susu gitu macam dia hisap botol. Pening tau x. Kadang-kadang aku berdebar je kalau nak bf dia.

Tu waktu dia sedar lah. Tapi kalau waktu malam, dia tengah tidur tu, elok pulak dia bf. Kerap jugaklah dia bangun nak bf waktu malam. Adalah dalam 5,6 kali gitu. That is why lah ibu ada prada bag kat mata ni hah. hehe

Yang sedikit stress tu, kalau aku ada kat rumah pun dia tetap nak botol, maknanya stok EBM tu kenalah berusik sikit, sekurangnya dalam 1oz-2oz dulu setiap kali dia nak menyusu. Kalau dah sehari 10 kali dia menyusu, errr tak ke banyak stok EBM digunakan tu. Yang pelik pulak kalau nak marmet kat rumah, susu pulak tak keluar. Aku ingat every time dia nak susu botol, bajet nak tadah je botol, marmet kejap kan tapi susu keluar tak sampai 1oz kot. Mungkin stress sebab anak nak susu dan-dan tu jugak. Mungkinlah. haha

4. EBM stock kurang meriah

Kurang meriah ni bila aku compare time Naurah dulu. Aku kan sejak dari azali memang marmet aje, tak guna pump pun. Tapi dulu, sekali marmet for both miss b, bolehlah dapat dalam 10oz-12oz tau. Tu pun ambik masa 5 minit je untuk marmet. Sehari aku marmet dalam 3 kali, kadang boleh dapat 30oz-40oz untuk stok EBM. Tu duluuuuuuuu

Sekarang, sekali marmet, paling banyak boleh dapat pun dalam 8oz je. Tu pun naik lenguh tangan aku tau. Paling worst, dalam seminggu dua nilah bila marmet hanya dapat 2oz-4oz je. Stress gila! Dahlah Irfan makin kuat menyusu. Sekarang kena isi ebm kat dia dalam 4oz. Awal-awal tinggal kerja tu, dia minum 2oz je, masih gagah lagi nak marmet walaupun dapat sikit-sikitkan. Bila marmet dapat sikit ni, Irfan pulak dah makin banyak menyusu. Yela, sesuai dengan perut dia la kan. Makin besar, makin banyak la dia minum. 

Stress gila. Aku try pinjam pump officemate, kotlah susu keluar banyak kan, tapi tak jalan pun pump tu dengan aku. Lagi cepat marmet dari pump. Baru pasang niat, kalau pump tu membantu, nanti nak beli seketul. So lupakan je hasrat. Sekarang bukan masalah aku salah marmet ke apa, masalahnya susu kurang produce. Aku rasa antara salah satu sebab adalah stress. Stress dengan apa, tak payah lah aku cerita kat sini. Then satu lagi, aku rasa masa pantang tak urut pun Miss B. Tukang urut tu tak reti urut Miss B. Boleh gitu? Kecewa gila rasa. Sekarang aku amalkan minum susu kambing campur kurma, biji habbatussauda campur dalam air kosong, minum air putih banyak-banyak,sayur cekuk manis wajib makan tiap minggu DAN yang paling penting aku makan tanpa fikir diet. Paling berkesan sikit bila aku makan banyak, susu akan terhasil banyak. Contoh, pagi aku dah breakfast  nasi gulai ayam, lepas tu aku makan donut 3 biji, dalam pukul 10 aku marmet, laju jugaklah susu keluar. So, lupakan nak kurus badan ke, nak turunkan berat badan ke. Aku dah tak kisah. Lepas Irfan dah stop menyusu nanti baru aku fikirkan cara nak kurus. Sekarang dah nampak dah nak consume ubat apa nanti, macam berkesan je. hahaha 

8oz sekali marmet for the first week masuk kerja.

Tapi takpelah, mungkin takat tu je rezeki untuk Irfan. Sekurang-kurangnya adalah jugak susu keluar compare dengan masih ramai lagi ibu-ibu yang struggle nak bagi susu ibu kat anak tapi susu tak keluar, maka terpaksa bagi formula milk je. Aku tawakkal jelah, kalau suatu hari nanti, susu makin berkurang, dah tak boleh marmet, aku kena belikan juga formula milk untuk standby kat rumah. Cuma sekarang bila tanya mak, mak cakap masih ada stok lagi untuk 2 hari berikutnya. Alhamdulillah.

Day, 1. 3.0 kg only.

Just because of mommy milk, he turn to this


3 months. 6.8 kg.


Alhamdulillah. 
Semoga anak ibu terus sihat dan happy!




No one could give her such soothing and sensible consolation as this little three-month-old creature when he lay at her breast and she felt the movement of his lips and the snuffling of his tiny nose. ~Leo Tolstoy

A newborn baby has only three demands. They are warmth in the arms of its mother, food from her breasts, and security in the knowledge of her presence. Breastfeeding satisfies all three. ~Grantly Dick-Read  




Till then. 



Idea & kurus

$
0
0
Idea... datanglah kau!
Aku seru nama mu!
Muncullah engkau, wahai idea.

HAHAHA

Please ignore "my unwell feeling" above. tehee

Actually, banyak benda aku nak share kat sini but then bila sampai opis je, terus macam takde mood nak menaip. Tak taulah kenapa. Nak kata busy benar, takde pulak. Biasa-biasa aje kerja kita ni. heh

Biasanya waktu drive nak pergi kerja adalah terfikir nak share something, macam tadi, tengah layan dengar lagu tiba-tiba rasa nak share about berpantang tempoh hari, sampai je kat opis, turun dari kereta, g beli nasi dulu, masuk opis, terus breakfast, then buat kerja. See, dah lupa nak tulis apa. Begitulah selalu.

Idea ni kan mesti akan muncul waktu kita relaks, santai kan. Biasanya for me, waktu drive, mandi atau pun tengah bf Irfan. Tiba-tiba rasa sayangnya idea datang mencurah-curah tapi tak boleh nak menaip. Bila dah settle doing all that (drive, bath, bf) lupa terus semuanya. Errr, plus sedikit malas nak recall back. bahah

Just a short random story, 

Work

Aku nak sangat bercerita pasal benda ni tapi sampai sekarang tak terluah lagi. Just pendam je dalam hati. Aku tak taulah patut ke tak cerita, kang salah cerita ada yang kecik hati baca, kang tak cerita aku makan hati. Tapi a few friend and family taulah what is happen.

Stress ok!

Tu je boleh cakap.

Family

Yang ni bahagia amat except for Zan. He still looking for a job kat sini. Susahlah nak dapat. Hope will get soon. Amin. 

Mak makin sihat, Naurah happy gila dapat berkawan, bermain-main, alhamdulillah Naurah sihat walaupun kuat main pasir kat luar rumah, main kejar-kejar, main pondok-pondok. Mula-mula agak risau takut dia jatuh sakit kan, maklumlah tak biasa hidup suasana kampung tapi dia ok. Tu aku cakap, Naurah ni memang mudah dan senang semuanya. Alhamdulillah for that. While Irfan, so far ok. Now dia tak confius dah antara direct bf and bottle feeding. Both is okay with him. Takde nak mengamuk dah, tidur pun lena beralaskan bantal, takde dah episod tidur beralaskan lengan ibu. Dah besar anak teruna ibu. hehe

 
Hah, tu je aku kisahkan dalam hidup aku sekarang. Kerja dan family. Owh, ada one thing lagi, ex-colleague. Serius aku rindu gila kat dia orang. Especially my unit member. You know who you are. Sebab tulah sampai sekarang tak share lagi cerita saat-saat terakhir kat sana. Nak nangis ok. Bila lah hati mau kuat ni. Eh, tambah-tambah kalau stress lagilah nak nangis ingatkan dia orang. Kalau tak tahan tu, aku memang whatsapp and PM je dia orang untuk sesi meluahkan perasaan. And happy jugak, mereka pun kadang-kadang keep contact aku kalau nak luahkan apa-apa. Terharu sangat. Korang, janji tau, jangan lupa aku tau. haha


Last but not least,
let me put the latest picture of mine. The best photo of me. 
Kurus. 
Bahah.



Please la bagi chance kat aku, nanti esok-esok aku gemuk semula, aku simpan gambar aku diam-diam dalam folder hp je.

LOL



Till then.




 

Sebab hantu raya ke?

$
0
0
Last Friday, gigih kami sekeluarga keluar walaupun hujan boleh tahan lebatnya. Sabtu attend wedding. Keluar pun sebab makcik ajak nak cari kelengkapan barang sekolah anak dia. This week cuti Maulidur Rasul dan Krismas, confirm ramai yang balik kampung, kotlah jalan jem kan. Baik keluar bandar awal-awal. Tu pun ramai kot keluar hari Jumaat, maklumlah baru gaji agaknya.

Ini adalah kali kedua aku bawak Irfan keluar jalan-jalan kat tempat awam. Kesian dia kan, terkurung je dalam rumah. haha Kakak dia dulu ligat aku bawak jalan-jalan. Dan ternyata, kali kedua keluar pun dah buat kepala aku pening, baiklah aku sorok jelah anak lelaki aku dalam rumah. tsk

Horror k.

Kisahnya.

Around 10am, after siap breakfast, kami baru keluar rumah. Waktu tu Irfan tengah tido dalam buaian. So angkat jelah dia masuk kereta. Sebaik masuk kereta, baru je nak jalan, dia bukak mata. Dia relaks je, takde nangis pun. Mula-mula mak ajak pergi kedai eco save rm2 tu, nak beli penyapu la, mop lah, tudung saji lah dan macam-macam lagi. Irfan behave je aku dukung dia. Melilau mata dia tengok barang-barang dalam kedai. Habis barang dia nak pegang. Pukul 12.30 macam tu siap beli barang, bergerak nak ke Tesco pulak.

Sempatlah Irfan nap kejap dalam kereta. Sampai kat tesco, tutup pulak. Lupa hari Jumaat kan, orang solat Jumaat. Kami pun lepak-lepak makan dulu. 

Pukul 2.30, tesco bukak. Sebaik je nak keluar dari kereta, Irfan pun terjaga. Dia still ok, takde nangis. Sempatlah dia nap dalam sejam gitu. Pusing-pusing dalam tesco, beli barang, teman budak-budak main kat indoor playground tu, pukul 5.30 sampai rumah.

Masa sampai tu pun hujan lebat lagi. Siap-siap mandikan budak-budak, then dinner awal. Tapau nasi kukus tepi jalan. Waktu maghrib Irfan tido dalam buaian macam selalu. Around 7.40 macam tu, Irfan terjaga. Ingatkan dia nak menyusu tapi dia nangis dengan kuat sekali. Puaslah aku, mak and makcik gilir-gilir dukung cuba pujuk, tetap tak layan. Dia menangis selok k, siap tangan dia duk tarik-tarik baju dan rambut kita orang. Aku rebahkan dia nak bagi susu, lagi kuat dan nyaring suara dia menangis. Bagi susu guna botol pun dia tak mau.

Kesian sangat tengok dia macam tu. Bayangkan dia menangis dari pukul 7 lebih sampai nak dekat pukul 9. After Isyak tu, mak aku g panggil seorang pakcik kat kampung yang pandai tilik-tilik orang, kot ada apa yang ganggu ke kan. Aku bukanlah nak caya sangat benda macam ni, aku syak dia nangis sebab mengamuk tak cukup tido. Maklumlah seharian berjalan kan.

Tapi sebab mak aku berkeras jugak nak pi panggil pakcik tu, so aku ok jelah. 

Amazingnya, after mak aku pegi panggil pakcik tu, sebelum pakcik tu bagi salam nak masuk dalam rumah, Irfan tiba-tiba diam. Dengan mata bengkaknya, tersedu-sedu baki menangis dia boleh gelak terkekek-kekek tengok kita orang. Pelik sangat.

Aku baru je suruh mak aku bagitau kat pakcik tu, tak payah datang. Tapi tak sempat, pakcik tu bagi salam. So alang-alang dia datang, bagilah dia tengok kot ada apa-apa kan. Yang terkejutnya, first thing pakcik tu cakap sebaik masuk rumah kami ialah

"hantu raya tadi tu, dah keluar dah, takde dah dalam rumah"

Kau rasaaaaaa?

Hoi, anak aku melalak nampak hantu raya weh. Aku takde lah takut tapi macam agak blur la, mana datang benda alah tu, ye ke weh ada hantu raya? bukan anak aku mengamuk tak puas tido ke. Macam-macamlah aku fikir.

Kami terlopong jelah dengar.

Ikut kata pakcik tulah kan, hantu raya tu datang singgah je. Tapi anak aku takut tengoknya. Masa pakcik tu nak turun dari rumah, pakcik tu ada baca-baca sikit (kalau zaman moden scan lah agaknya ye), tak sempat pakcik tu sampai, hantu tu dah keluar, pasal dia tau pakcik tu nak datang rumah aku. Hantu tu nak main-main aje katanya.  

Seriau jugaklah dengarnya. 

Sebaik pakcik tu balik, Irfan elok je bf then tido lena sampai ke pagi. Ni kali kedua Irfan nangis non-stop macam tu. Dah jadi macam fobia pulak nak bawak dia keluar. Tapi hati aku tetap kuat mengatakan dia tantrum pasal tak cukup tido. Walaupun begitu, hati aku turut akui apa yang pakcik tu katakan, pasal pelik sangat kan. Nape pakcik tu datang baru dia nak stop nangis.

Agaknya aku kena bawak dia keluar sekali lagi, nak tengok macam mana. haha

Kuat ye, dik.
  

   Rasanya lama dah tak cerita pasal milestones Naurah kan. Later story. Aku banyak je kerja kena buat ni tapi takde mood. Tak taulah kenapa. 
Haih.


Till then.



 
 

Hello 2016!

$
0
0
Hello New Year!!!!!!!

So, my first entry for this year should be blog about:

- Irfan falling sick

- workplace, stress, bla bla bla

- Throwback 2015

- 2016's resolution

- Naurah's milestone

- Food porn

Hurmmm.. what else??

Ok, tu je yang ingat. hehe Bukan main banyak idea kan tapi satu pun tak sempat nak update today because i am too busy. Later lah story. Promise tomorrow, at least one story among all the thing above. hikss

For now, apa boleh aku cakap, aku rasa sindrom zombie ni tak hilang-hilang lagi. Badan rasa hanyut je, mata asyik nak terlelap je nasib baik ada kerja urgent jugak hari ni. Kalau tak, for sure aku akan menapak ke surau, dapat lelap sejam dua. Ewahhh syoknya! hehe 

Kadang-kadang kerja yang urgent ni ada baiknya jugak, contohnya buat otak aku kuat bekerja dan takde masa nak fikir untuk rehat. Selain pada tu, ia juga mengundang stress. haha But stress in a good way aku rasa. Aku ok je dapat arahan kerja last minute as long as bos tolong cakap baik-baik, bagi arahan elok-elok and being nice sikit sebab anak buah sehabis mungkin nak settle kan kerja yang diberi last minute tu kan. Win-win situation la, kerja settle, dua-dua happy. Jangan campak kerja last minute tu kat anak buah, pastu ko nak emo-emo pulak. Not good k.
Life is too short to think about work 24/7. 
Lek r.
hehe

 Btw,
 happy new year everyone.
Semoga tahun ni better than last year.

Keep calm & love more, hate less.


love. err more than love. No word can describe. hehe


 Till then.



School or not?

$
0
0
Semalam dan hari ni, timeline FB aku penuh dengan gambar dan status mak-mak hantar anak ke sekolah. Biasalah first day kan, haruslah excited, nak-nak for the first time anak tu g sekolah. Excited gila kot. Aku yang takde kaitan ni pun rasa sebak je, gembira pun ada. Tu anak orang lain, aku nak sebak semacam, kalau anak sendiri tak taulah macam mana. hehe

Jujurnya, aku tumpang happy for my friend yang dah hantar anak mereka ke sekolah seawal usia 4 tahun. Aku pun pernah terfikir nak hantar Naurah ke sekolah seawal usia 4 tahun. Last year, aku hunting kindy for Naurah. Dalam banyak-banyak yang aku jumpa tu, aku berkenan sangat dengan Little Caliph sebab aku dengar cerita dari officemate dan kedua ialah dekat amat dengan tempat kerja aku. Anak officemate tu sebaya Naurah tau tapi anak dia dah pandai serba serbi, termasuklah baca surah solat segala dan usia 3 year, dah boleh spell right. Tak silap haritu dia cerita, dia sebut some word then anak dia tulis. Hebat kot. Anak aku, ABC pun tunggang langgang lagi. tsk.

So, bila dah tersuka tu, aku pun baru bagitau husband, pro and con tempat tulah. Husband aku ok je lah. Pastu tanya kawan pasal fees semua tu, bila tengok angka registration aje cecah 2K, terus pitam. erk. Mula buat kira-kira, takkan nak korek duit tabung haji kan, hutang pun ada lagi tak settle, so pendamkan jelah hasrat tu. Untuk motivated myself, aku selalu cakap, nak berbelanja ni tak boleh ikut orang. Sekarang bukan zaman, tepuk dada tanya selera. Sekarang kena tepuk poket, ada duit berkepuk tak. Gitu. Monthly tu mampu la bayar sebab sekarang makcik yang jaga Naurah pun aku memang bagi bulan-bulan. Husband ok je, nak keluarkan saving dia tapi aku pulak tak bagi. Rasa sayang duit, kedekut pun ye. Cheapskate. haha boleh gitu?

Then mak aku pun tak bagi jugak sebab jauh kindy tu. Kiranya everyday Naurah kena ikut aku, then dia kena mandi siap-siap. She is not a morning person sangat. Kadang-kadang dia bangun awal, kadang-kadang tak. So kalau nak masukkan dia sekolah tu, seawal 6.30 dah kena ikut aku. Mak cakap, kalau nak sekolahkan sangat, hantar jelah tadika kat kampung tu. Ada jugak benda dia belajar. Masuk pukul 8.30. Mak boleh hantar. Boleh jugak dia kenal ABC tu hah. Mak cakap lagi, tak payahlah nak ikut orang, nak anak pandai cakap omputih, pandai baca quran, banyak lagi cara boleh ajar. Mak cakap lagi, "tu tengok anak dia tu (orang kg aku) hantar anak sekolah pra je, UPSR dapat 5A jugak". Eh, banyaklah mak aku bebelkan. Dia sebenarnya nak bagi semangat kat aku sebab nampak macam aku down je bila aku compare progres Naurah dengan anak-anak kawan yang lain. 

Dah alang-alang mak aku nak hantar tadika kat kampung tu kan, aku pulak rasa taknak. Macam menyusahkan mak aku je. Sebab pagi-pagi mak aku hantar 2 orang anak makcik around 7am. Kalau Naurah masuk tadika, around 8am mak aku nak kena hantar Naurah pulak. Then pukul 11 nak ambik Naurah, pukul 12 nak ambik anak makcik, pukul 1.15 nak ambik anak makcik sorang lagi. Kesian kot, kerja mak aku hari-hari duk habis kat jalan gitu je. So, tak jadilah nak masukkan Naurah ke tadika. 

So, slowly aku dah tak fikir sangat dah. Aku dah tukar plan lain untuk Naurah.

Insya allah, start last year aku dah bagi Naurah ikut anak makcik pergi mengaji kat surau. Sebaik dia orang balik dari sekolah, around 3pm gitu, dia pergi mengaji. Kadang-kadang dia nak mengaji, kadang-kadang taknak. Ikut suka hati dia je. haha Nasib baik makcik yang ajar tu melayan je. Selain tu, aku adalah jugak ajar dia kat rumah tapi biasalah anak kan, kalau family sendiri ajar mana nak ikut sangat. Kadang lepas maghrib dia akan ambik quran nak mengaji. 

"Assalamualaikum ustazah, saya datang nak mengaji"- Naurah
"Waalaikumusalam. Boleh, meh duduk sini."- Ibu

Baru aje mengaji 2,3 baris..

"Oklah ustazah, saya nak balik dululah" - Naurah
"Eh, tak habis lagi ni. Tunggu habiskan dulu" - Ibu
"Saya nak berak."- Naurah

T_T

Sabor jelah. Duk 10 minit, dia datang semula, siap pakai tudung.

"Assalamualaikum ustazah, saya datang lagi." - Naurah

Phewww. Main pondok-pondok k dengan ibu. Kadang tu dia nak mengaji, dia bawak teddy bear dia.

"Baby duk sini jap eh. Mama nak mengaji. Jangan nangis, nanti ustazah marah." - Naurah

Aku pun melayan jelah. Asalkan dia nak mengaji.

Kadang aku duk ajar anak makcik buat homework kat meja, dia sibuk jugaklah cari buku dia. Biasa aku buat ABC yang dot dot tu, nanti mintak dia sambung, dah siap, dia mintak aku check, bagi dia markah, dapat A ke, B ke. haha
 
Then, antara aktiviti lain aku ajar dia, benda biasa-biasa je like baking sama-sama, mintak dia basuh pinggan selepas makan, lipat baju, sapu sampah.

Aku tak sekat pun dia nak main apa as long as tak membahayakan diri dia. Memang rutin dia, waktu petang main kat luar dengan anak makcik dan kawan-kawan dia. Aku ada intai-intai jugak dia orang main apa. Biasalah budak-budak, kalau kat luar rumah ramai kawan perempuan, dia orang mainlah pondok-pondok. Biasa barang masak, teddy bear Naurah lah dia orang bawak angkut keluar. Kalau ramai budak lelaki, aku tengok dia main kejar-kejar dengan pistol tak pun main sembunyi-sembunyi. Naurah sembunyi dalam rumah. Beriya dia menyorok, macam kan orang cari dia. kahkah

Perancangannya lagi, Insya allah tahun depan, Naurah 5 tahun aku nak masukkan dia ke sekolah pra kat kampung ni. Anak makcik aku dua-dua sekolah kat situ. Alhamdulillah dari tak kenal ABC, menulis, mengeja dah pandai. Bila dah masuk sekolah rendah, dah boleh membaca. Sebab apa, aku nak masukkan sekolah kt situ? antaranya affordable, hanya keluarkan duit beli uniform je, dari alatan, buku sekolah, aktiviti semua goverment tanggung. Harap ada rezeki Naurah. Eh tapi ramai je anak-anak cikgu yang hantar sekolah kat situ, so aku pun mesti la layakkan. hehe Will see. Yang pasti form tu kena isi cepat-cepat. Siapa booked dulu dia dapat. Aku dah risik-risik dengan cikgu anak makcik aku tu. bahah plus kalau Naurah dah sekolah masa umur dia 5 tahun nanti, rutin mak aku sama je macam sekarang sbb anak makcik tu dah masuk standard one next year, dah boleh ambik sekali harung dengan kakak dia. Tulah serba sedikit perancangannya

For time being, aku harap Naurah enjoy dengan kehidupan kanak-kanak dia. Biar dia main puas-puas dan let's rockin at 5year old. Harap-harap betul lah perancangan aku untuk Naurah ni. Amin.


 Eh, tapi kalau ada duit yang berkepok pun, aku pun nak Naurah merasa sekolah private best ni. Tulah, aku cakap, zaman sekarang zaman duit segalanya. So nak berbelanja kena tengok dompet sendiri, tebal mana. Tak boleh acah-acah ada duit macam orang lain. hehe Biar papa asal bergaya tu dah berkulat kot.

Plus, Zan ada cakap, kalau hantar Naurah ke Little Caliph this year, nanti aku dah tak bayar makcik aku jaga Naurah kan. Makcik aku baru nak tambah income untuk sara anak dia berdua as single mom. Atleast kalau hantar school next year for half day, aku still bayar kat makcik aku sama, sebab sekolah kan dah free.Harap betul lah ni apa aku buat. Nasib baik Zan ingatkan aku pasal hal ni. Part ni paling tenangkan hati aku. Lagipun anak-anak dia ada je ajar Naurah. Tambah-tambah si lelaki tu, mulut potpetpotpet duk mengeja. Alhamdulillah, Naurah pun dah pandai jugak sebut kalau kita eja. She learn a lot jugaklah walaupun nampak macam main-main. Next year ye, naurah.



Merasa jugak dia kena tolak dengan kereta sorong ni. hehe


Its ok, ibu tak marah pun nak main pasir ke, rumput ke.



 


 


Main cikgu-cikgu katanya.


Promise me, Naurah akan jadi the best sister and friend utk adik ye.


Till then.



Kuih muih dari ubi kayu #kelantanfood

$
0
0
Asal petang je mesti lapar. Padahal tengah hari tadi dah lunch. Nilah bahananya duk kampung dengan family yang mana mak rajin masak kuih muih. Aku bukanlah penggemar kuih sangat, compare kuih muih, roti, kek dan biskut, aku lebih suka roti dan kek. Kuih-muih tradisional ni berapa jenis sangat aku suka. Paling aku suka kuih muih yang berasaskan pulut. Pulut panggang dan ketupat daun palas tu memang favourite aku sangat. Dan kuih yang tak berapa nak kena dengan tekak aku ialah kuih yang berintikan kelapa. Tapi kalau kelapa tu diluar untuk cicah-cicah atau kuih tu dioles dengan kelapa, boleh pulak aku makan. Pelik sangat hah selera aku. kikiki

Since keberadaan (ekekekeke) aku di kampung, nikmat gila dapat makan macam-macam jenis kuih kegemaran. Syukurlah harga kuih muih kat kampung aku still 4 biji RM1. Kalau pagi weekend tu memang wajib pergi cari kuih untuk breakfast. Rambang mata hoi tengok macam-macam jenis. Kuih biasa-biasa je pun tapi kena dengan tekak aku.

Selain kuih muih yang berasaskan pulut, satu lagi kuih yang menjadi favourite aku ialah kuih daripada ubi kayu. Macam-macam kuih boleh dibuat dengan ubi kayu ni. Ubi kayu bukan sekadar utntuk direbus je tau. Biasa hujung tahun atau musim hujan, mesti bersepah ubi kayu dijual. Aku saje nak share, susunan kuih muih berasaskan ubi kayu yang menjadi favourite aku. Kalau datang ke Kelantan nanti, jangan lupa cuba ye. Kalau nak masak sendiri kat rumah pun boleh, agak senang nak buatnya.

1.Putu Halba

 

Ni paling favourite. Main ingredient dia mestilah ubi kayu. Kuih ni memang glamer waktu hujung tahun. Kalau datang ke Kelantan, rasanya bersepah kot kuih ni dijual di tepi-tepi jalan. Dulu harga dia 3 biji RM1 tapi tahun ni RM2 untuk 5 biji. Dah mahal sikit. Maklumlah semua benda dah naik harga kan. Sebab tu aku kurang gemar putu buluh, putu piring yang dijual di pasar malam sebab rasa tepung semata. Tapi putu halba ni, dia rasa ubi kayu. Lain sangatlah dari segi rasa dan teksturnya. Dalam tu dia isi gula melaka + gula. Ada setengah tempat dia letak kismis dalam tu. Dicicah pulak dengan kelapa muda yang diparut + garam. Memang sedap. Should try ok kalau datang ke Kelantan. Tapi kena datang dalam bulan 12 dan bulan Januari lah. Kalau bulan-bulan lain stok ubi kayu takde, so takdelah orang jual kuih ni. 


2. Tepung Manis Ubi Kayu

Ni mak buat. Bukan beli tau. Biasa yang dijual kat kedai warna dia hijau sikit.


Tepung manis ni ada 2 jenis. 1 tepung manis biasa yang guna tepung pulut ke tepung beras. Entah aku pun tak tau. wakaka Yang ni kira special sebab dia rasa ubi kayu yang diparut dan hanya dicampur dengan santan dan gula je. So rasa lemak-lemak manis gitu. Setiap kali g kedai, kalau ada kuih ni, memang wajib aku beli. 4 Ketul RM1.

3. Kato Ubi Kayu



Yang ni aku tak tau nama luarnya apa. Yang pasti kuih kato ni ada 2 jenis jugak. 1 jenis guna tepung biasa, biasanya dia orang letak pandan, make it warna hijau. Pun sedap. Bila taruk ubi kayu, lagiiii sedap. Pasal musim hujan kan, so bersepahlah kato ubi kayu. Kato biasa pun aku suka. Kuah hitam tu adalah gula melaka yang dicairkan. Kuih tu dioles dengan kelapa muda yang digaul garam dan ditabur dengan beras goreng. Sedap bila makan, terkunyah beras goreng yang ranggup tu.

Additional : kuih putih tu bukan nama qu puteh tapi namanya TEPUNG GOMAK. hehe Not my fav. Sebab diperbuat daripada kelapa. Tak sukalah kelapa diisi di dalam. Sebab tu kuih ketayap pun aku tak suka.  Yang merah tu pulut manis. Aku suka pulut dan nasib baik kelapa tu untuk dicicah. Cuba kelapa tu diletak dalam pulut, mesti aku tak makan. haha

4.Tepung Boko Ubi Kayu

 

Kuih ni dulu sedappppp sangat. Tapi lately bila beli atas pasar Tumpat tu, dah tak sedap. Rasa banyak tepung daripada ubi kayu. Dia dipanggil boko sebab dia dihidangkan dalam talam/dulang. Bahasa Kelantan panggil talam adalah boko. Yang warna putih tu pati santan. Memang pekat gila. Aku suka makan sejuk-sejuk kuih ni. Memang sedap sangat ni. But since dah tak jumpa yang sedap macam dlu, so kuih ni dah turun tarafnya di tempat ke-4. Kalau masih sedap macam dulu, harus menjadi kedua kegemaran aku. hehehe


5. Ubi Kayu Sira

 


Biasa kalau beli ubi kayu, kuih ni memang wajib mak buat. Sebab senang aje buatnya dan paling digemari oleh kanak-kanak di rumah. Aku suka makan sira ni panas-panas time berasap. Kalau sejuk tak best. Gituuuu. hehe


 6. Tonyoh




Ni namanya buruk sikit tapi rasanya sedap. Tonyoh ni sebenarnya ubi kayu parut. Namanya tonyoh sebabnya bila kita parut ubi kayu mesti kita pegang kuat-kuat duk tonyoh-tonyoh ubi tu kat papan pemarut kan. Tonyoh dicicah dengan kelapa yang dicampur garam dan gula serta ditabur dengan beras goreng. Makan benda ni tak nak kunyah beriya pun takpe sebab dia dah hancur. Tunggu ngap dan telan je. bahah 


Selain dari tu, ubi kayu rebus pun sedap jugak. Cuma bila ubi kayu dibuat pengat je aku tak gemar. Kenapa entah. Bila aku kumpul koleksi kuih muih ubi kayu ni kan, baru perasan, kesemua kuih muih ubi kayu mesti kena gandingkan dengan kelapa, barulah sodap hah. hehe



Jangan lupa uolls datang ke Kelantan, must try all this. 

Till then.


Bento, busy book, Naurah & Irfan's story

$
0
0
Macam-macam ada dalam kepala ni. Kecelaruan emosi betul sehari dua ni. Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. Gitulah sukarnya untuk aku ceritakan secara detail. But, it's ok! Banyak lagi cerita lain yang boleh dikongsikan kat sini. Insya allah, everything happen ada alasanya. Buruk baik, pasti ada hikmahnya kan. Cuma as a human being, aku harap dapat memberi manfaat untuk semua orang. As this quotes said :

"Jadilah benih yang baik.
Dicampak ke laut menjadi pulau.
Dicampak ke darat menjadi gunung."

Insya Allah.

Ok, others story.

Bento/bekal/lunch box

Nasi ayam + buah limau + mini cupcakes + air kotak

Ni lunch box kakak Balqis. Dah lama sangat dia request. Asyik skrol tengok gambar bento Naurah dalam telefon je kan. Alang-alang aku cuti Ahad baru-baru ni, aku janji pukul 1, aku hantar lunch box kat dia untuk kelas Fardu Ain. Kemain suka dia. Menyengih je tengok lunch box tu. Dia cakap, masa makan kat kantin, bukan kawan-kawan sekelas dia je tengok, siap budak-budak lain datang tengok lunch box dia. hahaha Nantilah aku cuti lagi, boleh bagi bekal lagi kat dia.

Berbalik cerita bento kan, dah lama gila tak buat bekal untuk Naurah. Alasannya mudah je. Nak buat bekal g mana, dah memang mak aku je yang jaga Naurah. OWh, sebelum pindah ritu, tak buat bekal sebab aku malas, campur dengan alahan masa pregnant kan Irfan. Bila dah lama tinggal, lama-lama biar gitu je. Tapi nasib baik aksesori untuk aku cantikkan bekal masih tersimpan. Err, ada la jugak beberapa ketul yang hilang. Biasalah anak makin membesar, makin kuat selongkar, asal jumpa je dia main. Paling dia suka food pick. Daripada berpuluh-puluh jenis food pick aku ada, boleh kira dengan jari berapa je yang tinggal. Sedih tau. Dahlah beli tu mahal-mahal. Bukan stok aku beli yang made in China tu tau, ni aku pernah jual dulu. Mahal sebab made in Korea and Jepun. Very the quality one, i tell u! HAHA

Hah, ni nak cerita jugak. Masih ramai yang komen kat entry resepi makanan baby yang pernah aku share dulu-dulu, kat mana nak beli bento tools yang comel-comel tu? Dulu kan aku ada jual. Tiba-tiba je stop kan. Salah satu sebabnya adalah orang lebih berminat nak beli barang murah daripada barang berkualiti. Eh, aku pun sama, sape tak suka barang murah kan. Lagipun benda alah cenonet tu awat la nak beli mahal sangat kan, beriya sangat. Gitu jugaklah aku fikirnya. 

Tapi memang betul, masa mula-mula pakat duk gila buat bento dulu (termasuk aku), gigih kumpul koleksi bento tools tu (food pick, lunch box, seaweed puncher, cutter etc). So alang-alang aku memborong agak banyak, timbul idea, membeli, mengumpul sambil menjual. Hobi sambil nak jana duit lebih sikitlah konsepnya. Seronok sebab ramai yang beli pada mulanya. Lama-lama bila ramai yang tau bento tools ni ada di jual di kedai-kedai yang harga jauh lebih murah, maka jualan makin merosot. Eh, aku pun ada beli kat kedai tu jugak. Haha Tapi masih ada lagi yang beli dengan aku sebab kat kedai, barang bento terhad, tak banyak design macam aku jual. Sampaikan ada orang pernah tanya aku, kenapa lego box yang aku jual tu harga sampai 40 ringgit seketul. Sedangkan kat kedai RM5 je kot. Sebabnya macam ni, barang aku jual tu made in korea or Jepun, lebih kualiti dan yang paling penting BPA free. Aku suruh dia belek belakang lego box tu, tengok made in korea ke China, then compare dengan yang beli kat kedai tu. Memang lain sangat kualitinya. Yang paling best seaweed puncher aku jual tu, seketul tak silap RM39 kot, compare kat kedai RM5 tapi takat guna 4,5 kali dah rosak. Alah membeli menang memakai gitu konsepnya. hehe

Ok, fine lah. Kuasa membeli tu hak masing-masing kan. So, bila dah slow sikit buat bento, plus dengan pindah rumah, then pregnant for 2nd, aku betul-betul malas dah nak meniaga bento tools ni. Terus tutup page online bussiness tu.So hangat-hangat tahi ayam. HAHAHA


 Busy book/ quite book

bolehlah dari takde kan. haha


Masa mula-mula tengok kawan-kawan blogger up gambar kat FB, terus berkata dalam hati "rajinnya dia orang ni buat benda alah ni." Aku tak terfikir pun nak melibatkan diri dalam buat busy book ni. Apatah lagi nak kena pegang jarum, gunting bagai. Benda paling aku malas kot. Masak-masak je aku rajin. Ada la terdetik nak buatlah untuk Naurah tapi takat tu jelah. Sampailah suatu hari, officemate buat busy book untuk anak dia. Bila terpandang betul-betul depan mata, macam kena rasuk kot. Terus saka rajin masuk dalam badan. haha Kain felt tu comel sangat bila digunting menjadi macam-macam bentuk. Takat ni, aku hanya mampu buat ABC dan sempoa je untuk Naurah. Page kira-kira ikan tu aku dah siap gunting tapi belum tampal lagi.

Oh, ya! Tips bagi yang malas nak menjahit macam aku tapi ada hati nak buat busy book kan, senang aje caranya. Ko pi tiru jenis macam mana ko nak buat, then ko gunting, pastu tampal je dengan gam lilin. Senang dan cepat. Tak payah nak jahit-jahit bagai. Aku siap pi beli jarum, benang segala. Konon nak jahitlah kat opis. Sekali bila terpandang pistol lilin, terus kena sawan. haha Tak sampai sejam boleh siapkan 2,3 page kalau buat dengan pistol lilin tu. 

Aku taknak jilid busy book tu dengan jahitan. Tapi nak letak ring untuk satukannya. So bila ada page baru, aku just add on je. Senang dan praktikal rasanya. Memang la jahitan tu nampak lagi kemas dan cantik compare to ring kan, tapi takpelah, add on macam tu lagi mudah. Ni cara-cara nak buat busy book macam aku yang tak berapa rajinlah ye. Acah-acah nak buat tapi boleh lah takat ada kan. 

Best jugak tengok Naurah excited susun ABC.


Naurah's story

Baju nak pilih sendiri. Pakai baju kurung, tapi taknak pakai kain, nak pakai seluar. Fesyen apa lagi gini.

Naurah ni memang dari lahir sampai ke sekarang, anak yang mudah dari segala segi. Tak tau nak cakap mudahnya dia ni macam mana. Antara sedikit lah ye,

- dia wean off dari breastfeed dengan sendirinya
- Tak ajar potty train sangat tapi dia sendiri mintak taknak pakai pampers pada waktu siang. Waktu malam aku pakaikan pampers sebab mak yang tak ready nak kejut dia bawak g tandas. But, amazingly, one day, aku tertidur dulu, then sedar-sedar aku nak g tandas around 3am, tertepuk bontot Naurah, dia tak pakai pampers. Aku dah cuak masa tu takut dia ter wee wee atas tilam. Raba-raba tilam, takde basah pulak. Aku kejut dia bangun untuk kencing. Dia relaks je bangun tanpa menangis or protes. Tak payah berdukung pun. Just pimpin tangan dia, turun tangga then dia kencing. So esok malam memang sengaja tak pakaikan pampers tapi before tidur, suurh dia g tandas dulu, then tiap kali aku terjaga untuk BF Irfan, aku malas nk kejutkan dia pi tandas. haha mak jenis apa la ni. Esok pagi dia bangun 1st thing dia mintak adalah nak pergi tandas. That's it. So sampai hari ni, hampir 5 bulan Naurah free diapers. Alhamdulillah.

- Suka berkawan. Dia sangat suka berkawan. Selamba dia je panggil kawan-kawan anak makcik aku tu dengan nama. We all dah biasa panggil anak makcik yang perempuan tu as kakak. So dia follow je lah panggil kakak. Tapi sebab dia ikut kakak keluar bemain, bila dia dengar kakak panggil nama kawan dia, selamba dia je panggil nama jugak. Kadang-kadang dia pesan esok kita main lagi ye. Beriya, macamkan kawan dia. haha Satu lagi, dia suka main dengan budak lelaki. Bukan main pondok-pondok ye, main perang-perang, main tembak-tembak, main gusti-gusti, main tumbuk-tumbuk. Pitam mak kau, Naurah oii! Kalau dulu sorang-sorang, selalu ajak ibu main masak-masak dengan dia. Now, mesti cakap "jom ibu main tumbuk-tumbuk" T_T

- Berdikari. Ni sangat ibu kagum lepas kewujudan Irfan. Bila dia siap mandi, kebetulan ibu tengah bf Irfan dan ibu terlupa nak sediakan baju dia siap-siap, dia pi masuk bilik sendiri, cari baju. Baju tu tak bersepah pun dia cari. Dia akan angkat satu-satu letak atas lantai, nanti bila dah jumpa baju dia berkenan tu, dia akan masukkan balik baju atas lantai yang dia letak tu ke dalam almari. Memang la dia letak tu tak sekemas ibu susun kan tapi sekurangnya tak bersepah. Kalau dia nak air atau nak apa-apa, tapi ibu tengah bf kan adik, just cakap je, "jap eh Naurah, ibu bagi adik susu dulu", terus dia respon "takpelah ibu, awah ambik sendiri". Kadang nak nangis terharu, sebab nampak dia matang dan mampu berdikari sendiri, kadang-kadang rasa sedih sebab tak dan nak layan dia dah. Kecelaruan emosi betul mak-mak ni kan.

- Kakak yang penyayang. Aku risau perkara ni, sebab anak makcik aku, which is yang sulung kakak dan kedua adik tu, lelaki macam anjing dengan kucing. Sejam sekali bergaduh. Memang bingit la rumah dengar dia orang bergaduh. Biasa kalau bergaduh, confirm Naurah akan berpihak belah kakak, padahal kalo nak apa-apa abang yang paling ringan tulang tolong dia, layan dia main. Kakak kalau ada kawan-kawan dia, memang dia boo layan sangat Naurah. So, abang la yang mengekor menjaga Naurah. Tapi tetapppp Naurah duk buli dia. Aku tak faham betul. Since dah lama sangat Naurah perhati kakak dan abang asyik gaduh je, aku risau the same thing happen kat Naurah. Tapi alhamdulillah, Naurah sayang sangat kat adik dia. Mak aku cerita, dulu kakak tu masa sebaya Naurah, asal terlepas pandang je, mesti dia pi cepuk adik dia yang tengah tidur. Adik dia tu baya Irfanlah. Tau-tau aje dah nangis. Aku pernah je uji Naurah. Tinggalkan dia berdua dengan adik dia kat atas, then aku cakap nak pi tandas, mintak dia tolong tengokkan adik kejap. Aku tak ke tandas pun, aku menyorok belakang langsir. Aku intai-intai je apa dia akan buat kat adik dia. Adalah dalam 10-15 minit gitu aku biarkan dia berdua dengan adik. Apa Naurah buat dalam waktu tu? Dia duk sembang dengan adik, dia duk nyanyi, dia tepuk2 bontok adik. Comel sangat. Bila konon-konon aku datang semula, aku tanya dia, adik nangis tak. Dia cakap adik tak nangis. Adik main dengan Awah.


 Irfan's story

Morning kiss before going to work.

Lagi seminggu lebih, Irfan genap 6 bulan. Irfan sangat berlainan dari Naurah. Ibu ok je nak melayan. Biasalah kan, orang cakap anak-anak perangainya tak sama. Ada lebih, ada kurang. Aku sebenarnya, dah taip satu entry yang bertajuk catatan untuk Irfan tapi belum ada hati nak publish. Nantilah. Cuma apa aku boleh cakap sekarang, semoga Irfan kuat semangat, sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah SWT.



Hari tu, hampir 10 hari Irfan demam yang agak teruk. Rupanya dia sakit gusi nak tumbuh gigi kot. Sebelum tu air liur meleleh je keluar. Now, dah hilang demam, gigi pun dah tumbuh, dah takde air liur meleleh lagi. Boleh tahan lah dia nak teething tu, kerap jugak aku menjerit bila bf dia. haha


Paling buat aku tak sabar nak balik opis ialah untuk jumpa Irfan. Tiap petang dia tunggu aku depan pintu. Bila nampak kereta masuk garaj, terus sengih-sengih. Cuma lately, je tak berapa nak ceria sikit. Ibu risau sangat.

Tapi dalam tak sabar nak jumpa Irfan, bila balik kerja tu, aku mesti beli something untuk Naurah sebab first thing first dia tunggu aku balik adalah dengan menyelongkar makanan dalam beg. Sebaik enjin kereta dimatikan, terus dia bukak pintu, then tanya, ibu beli apa kat awah rini? hehehe

Hilang segala stress.



#naurah4yearsold
#Irfan5monthsold



Till then.




Naurah, Irfan's blood test, bff wedding, sayur. Tittle today.

$
0
0
Too many story nak share tapi takdan nak buat satu-satu untuk setiap entry, maka beginilah jadinya. 1 entry main campur segala hal. Settle.

Naurah dan tantrum.

Modal bahan dia bila besar nanti.

Naurah dah lama sangat tak buat perangai. Dia jenis happy go lucky je. Baik time aku ada kat rumah, mahu pun aku keje, rutin dia sama je. Bangun tido, mandi, breakfast, play/learn, lunch, mandi, nap, main, mandi, dinner, tido. Begitulah rutin dia hari-hari mengikut apa kata mak aku. Senang la jaga dia. Tak banyak songeh. Even aku ada pun dia memang sangat-sangat berdikari. Namanya nak manja-manja tu jarang la sangat. Tapi bila datang dia punya tantrum, boleh tahan la nak melayan.

 Macam last week, terkejut hah aku balik kerja tengok kaki dia terjuntai keluar dari buaian. Mak cerita, dia nak ikut kakak dan abang naik basikal pergi rumah kawan kakak tapi mak aku memang tak bagi la dia ikut dia orang pergi jauh-jauh. Terus dia menangis, tunjuk protes, tak nak mandi, taknak lunch, tak nak tido, taknak apa-apa tapi akhirnya tido jugak. haha 

Cerita mak,

"Taknak bagi adik tido dalam buaian".  - katanya

 haha aku boleh bayangkan dengan mimik muka dia berkata-kata begitu. Mesti tokma dia sabar je nak ketawa tu. Naurah ni sama macam aku, suka makan dan suka buat mimik muka bila marah. Kami berlakon nombor 1 ni. bahah!


Irfan's blood test

 

Sekarang, Irfan dalam tempoh yang sangat mencabar. Dia on off demam since end of December last year sampailah ke hari ini. Masa mula-mula demam tu sebab sakit gusi nak tumbuh gigi. Sampai 10 days demam. Then baik seminggu. Demam lagi seminggu. Then baik dalam 2,3 hari, aku bawak dia pi cucuk 5months kat KK. Balik tu demam la pulak hah. Maybe antibodi masih tak kuat kot masa tu. Tu pun dah tangguh sampai dua mingga untuk ambik suntikan tu. So bila demam dah ok, cepat-cepat bawak ke KK, akhirnya demam semula. Sedihnya rasa

Aku bawak g KK ahad last week. Siang hari tu ok lagi. Malam tu badan dia dah panas semula. So bagi ubat siap-siap. Then hari selasa tak silap, badan dia dah tak panas. Lega rasa. Tiba-tiba rabu malam, panas semula badan dia. Dia pun cranky je sepanjang malam. Terpaksalah hari Khamis tu aku bawak dia jumpa doktor. Doktor buat ujian darah. So far takde lah apa-apa yang merisaukan. Just kuman demam je lah. Cuma yang doktor menjadi musykil tu sebab dia demam on off then perut dia kembung sentiasa. Nak kata aku makan tak tentu hala, memang tak lah. Aku jaga makan, even buah nangka kat rumah, walau seulas pun aku tak berani makan. Sebab pernah makan nangka, perut di kembung. So kali ni aku berhati-hati amat tapi tetap jugak kembung. Then poo poo dia, busuk amat.

Muka baru lepas nangis selama sejam tu. Bila hala kamera, stop nangis, tersengih-sengih pulak.


 

 

Then doktor suggest suruh admitted untuk pantau. Tapi aku taknak. Sebab hati aku kuat mengatakan, Irfan sihat, crancky tu biasa la. Maybe jenis perangai dia manja sikit dari kakak kan. Kesian kot bila warded nanti cucuk sana sini ambk darah buat ujian. Hari tu pi KK ambk darah pun dekat sejam terpekik terlolong menangis kat KK. Anak aku menangis lain sikit dari anak orang lain. So baik aku pantau kat rumah. Anything nampak tak ok, baru aku putuskan nanti. So far, Alhamdulillah. Cuma tulah cranky jelah. Dan sebahagian dari otak dan hati aku terdetik, maybe something yang ganggu dia ni, buat dia rasa tak selesa. Aku dah contact ustaz dan amalkan bacaan ayat kat tapak kaki dia, then malam-malam pasang ayat Ruqyah. 

Dia ok je tido. Yang menjadi masalahnya, dia nak tido atas pangku. Kalau ditelak atas tilam, memang dia nangis. Dah 1 hal nak pujuk dia bagi cool down. Dia punya nangis bukan nangis yang biasa tu tau. Adik ni garang macam ibu. hahaha

Tapi takpelah dik. Ibu layan jelah cranky awak ni. Lama-lama ok lah kan, janji awak sihat. Cukup.  


BFF wedding

Hari sabtu baru-baru ni, kawan aku kahwin. Kawan sejak dari kecik. Sekolah tadika sama-sama. Hari-hari pergi sekolah sama-sama. Kadang-kadang arwah pakcik aku g hantar dan ambik aku dan dia, kadang-kadang ayah dia tumpangkan aku. Pastu, sekolah darjah 1 sampai darjah 6 sama-sama, sekelas. Balik dari sekolah, mengaji pun sama-sama kat surau. 

Masuk sekolah menengah pun sekolah sama-sama, satu kelas. Lepas balik sekolah, petang tu lepas asar, sama ada aku pi lepak rumah dia atau dia akan datang lepak rumah aku, sampai ke lewat petang. Entah apa kami sembang pun tak tau. Padahal dah jumpa kat sekolah dari pagi sampai pukul 2 petang tu, tak habis nak bercerita. Even hari minggu pun, aku akan pergi lepak rumah dia. Biasanya lepas zohor lah aku lepak, bila masuk asar balik ke rumah. Lepas dia solat asar, dia pulak datang rumah aku. hahaha sabar jelah. Memang waktu zaman sekolah, kerja aku ke rumah dia jelah. Takde g main jauh-jauh. Berkawan pulak berdua je, memang takde nak bercampur dengan orang lain. Pelik pulak bila difikirkan. Eh, dulu best. Zaman masing-masing takde hp. Mulut tak berhenti berckaap. Agaknya kalau dulu kita orang dah pakai hp, mesti jarang jumpa kan. Mesti main wassap je. Sangat tak best.

Kawan aku ni, dia jenis suka ketawa. Aku jeling pun dia kata lucu. Entah apa tak lucu kalau aku buat. Biasanya aku lah banyak bercerita. Cerita pasal apa-apa jelah. DIa asyik ketawa je, pastu sampai keluar air mata, pastu mulut dia mesti cakap "lucu la mung nih!"hahaha aku pun tak tau kenapa dia ketawa bila aku cerita benda sedih. Tu pun lucu dia rasa. haha Dia kata mimik muka aku tu lucu. Pernah aku sentap dengan mak cik aku, aku pi cerita kat dia. Dia siap cakap, "mesti lucu muka mu masa mu jeling tu". Terus terbahak-bahak dia ketawa. hahah Tapi aku tetap cerita kat dia dengan nada serius, dia tetap ketawa sampai keluar air mata. Tulah kami berdua. Tiba-tiba bila imbas kembali, aku rasa pelik sangat dulu-dulu. hahah

Bila masuk form 3, tak silap aku, dia pindah sekolah ke Negeri Sembilan. Dia stay dengan abang dia. Aku sedih gila time tu. Aku balik rumah menangis bawah kain selimut, di atas katil sampai tertido. Penat rupanya menangis ni. haha Tapi bila bangun tido, aku relaks je g jalan rumah dia, kami sembang macam biasa, boleh tergelak-gelak macam biasa. Ni pun aku rasa pelik juga, nape kami tak berpelukan sedih nak berpisah masa tu. Aku rasa macam biasa-biasa je. 

Bila berjauhan, kami kerap berutus surat. Masa tu mana ada pakai telefon kan. Telefon rumah abang dia pun, aku tak tau. Ke dia tak pernah bagi, aku pun tak pernah mintak. So surat jelah jadi penghubung kami. Banyak bendalah cerita. Masa tu mana ada FB kan, friendster ke, myspace ke, even komputer pun tak reti guna. Mana pernah g cyber  cafe nak chatting ke apa. hahha 

Bila cuti sekolah, dia balik kampung, memang hari-hari kami jumpa. Dia cerita pasal kawan-kawan dia kat sana. Detail dia cerita, dah aku rasa macam kawan-kawan aku jugak hah. haha Lepas habis form 5, dia balik kampung. Kami macam merancang nak kerja sementara tunggu keputusan SPM kan tapi dua-dua parents tak kasi. So kerja kami melepak jelah. Dapat keputusan SPM, aku dapat sambung belajar form 6. Dia masuk politeknik PD tak silap. Berpisah lagi. Masa tu dah pakai hp. Selalu hantar sms yang berhara 5 sen dan 1 sen bila tengah malam, dua-dua guna Celcom waktu tu. hahaha

Lepas habis STPM, aku masuk UM. Kami tetap berkawan macam biasa. Waktu tu, dah ada Friendster and Myspace tapi kami tak pernah pun berkawan ikut alam maya gitu macam mana FB sekarang. Tetap ber-sms dan call. Nak-nak bila birthday masing-masing, akan dapat panggil free, so bergayut jelah. Bila balik kampung je jumpa. 

Bila masing-masing dah kerja, hanya hari raya jelah jumpa. Dia tak pernah datang rumah aku dengan tangan kosong. Mesti bawak kek, biskut. Aku pulak selalu balas kuih muih aku buat dan wajib bagi tapai. Dia suka sangat tapai yang mak aku buat. Kadang kalau hari raya, dia agak sibuk, tak dan datang rumah aku, mesti aku yang pergi rumah dia. Wajib jumpa. Tak pernah tak jumpa waktu raya. Belum berlaku lagi. Tapi dah dia kahwin ni, mesti kena bergilir-gilir beraya rumah mertua kan. Hurmm, takpelah. Raya kan ada 2 kali setahun, janji jumpa sekali setahun pun takpe. 

Waktu aku dah kahwin, ada suami dan anak, dia tetap datang beraya ke rumah aku. Zan tau sangat dah mesti kami nak sembang punya. Biasa kawan aku ni datang waktu petang. So, bila dia datang, Zan bagi peluang la kami sembang. Zan akan layan tv atau tido kepenatan selepas beraya. HAHAHA

Dia biasakan diri dia dengan anak-anak aku as UMI. Dia adalah satu-satunya kawan yang tau segala hal aku daripada masalah kerja, keluarga, kawan-kawan sampai ke hal rumahtangga. Orang yang paling aku percaya selepas husband dan keluarga. Dia pun macam tu jugak. Takde sorok apa-apa dari aku. Segala masalah dia cerita. Biar pun aku busy tak sempat balas wassap dia, dia tetap share something, panjang lebar taip, nanti bila free aku akan reply. Dia pun selalu layan aku macam tu. Kami sentiasa ADA untuk each other. Daripada benda yang simple sampailah ke hal-hal yang rumit. Dan benda yang tak pernah berubah antara kami, asal aku wasap cerita apa-apa, mesti banyak dia akan balas macam ni,

"HAHAHAHA lucu la mung nih"


dan ayat aku lah paling panjang bila berbalas wasap. (suka bercerita)

Masih sama. Tak berubah.

Aku tak harapkan apa-apa dari kawan aku ni, selain daripada 

 -nak tengok dia bahagia sampai akhir hayat dia

-nak tengok dia ada anak-anak

-nak tua sama-sama walaupun duk berjauhan

-dikurniakan kesihatan yang baik

-jangan lupa aku.

Kawan baik tak semestinya jumpa setiap hari, tak semestinya tanya khabar hari-hari tapi cukuplah sentiasa ada dalam ingatan dan sentiasa ada bila memerlukan (walapun sekadar berbalas wassap).

Insya Allah. 
On her wedding day. Aku harap, inilah IMAN yang dia cari dan tunggu selama ni.
 

Ni waktu raya tahun lepas, before melahirkan Irfan. Slim tak mak? HAHAHA
  
Sayur kampung

 

 Pasal sayur kampung pun nakcerita jugak kan. haha Ni antara sayur favourite aku ni. Tapi sebab kenangkan perut Irfan yang kerap kembung dan puncanya tak tau kenapa, maka aku elak makan benda-benda yang "baru" 1st time makan after melahirkan Irfan. Biar perut dia stabil dulu, baru aku try semua benda sikit-sikit. Nak tengok dia boleh terima ke tak. Kecut ayaq liur aku tengok dia orang cicah pucuk paku dengan air asam. Sayur segar ni, bukan beli kat kedai pun tapi jiran yang kasi. Best hidup kat kampung ni, dapat pulak jiran baik-baik. Hari tu, pokok nangka kat rumah berbuah dan masak serentak beberapa biji. Nak hadap makan satu family memang banyak. So, dia orang pakat kopek kat belakang rumah, siap masak pengat makan ramai-ramai waktu petang. Aku telan ailio jelah. Memandangkan gara-gara pernah makan seulas nangka, Irfan melalak tengah malam sebab perut kembung, terus jadi fobia. Aku ok je. Banyak lagi benda lain boleh makan. Selagi boleh tahan aku tahan. Gitu. 



Till than.




 

Tips mula perkenalkan makanan pada bayi. Note for myself.

$
0
0
Not more than one week, Irfan will turns to 6 months old. Kinda excited gitu. Aku rasa jadi mak-mak ni, ikutlah anak pertama ke, kedua ke, atau kelima ke, perasaan excited tu tetap ada bila nak libatkan anak for new experience. Tiap anak tu berbeza sangat, so kita takkan dapat pengalaman yang hampir sama.


Contohnya pengalaman BF anak.

Bf journey untuk Naurah smooth and happy sangat. Stok EBM banyak dan Naurah fully BF tak silap setahun lebih, baru aku campur dengan formula milk.

Tapi, berbeza pulak dengan Irfan. Awal-awal susu keluar walaupun kuantiti yang sedikit. After 3 months maternity leave, kena buat stok EBM kat dia. Malangnya bila marmet/pump, susu tak keluar dengan banyak. Memang stress gila. Aku berdoa sangat, atleast aku nak bagi exclusive breast milk sehingga dia 6 month, jadilah. Aku memang tak putus asa. Tetap marmet macam biasa walaupun sekali marmet tu, kedua-dua belah Miss B hanya dapat 4oz. Sedih sangat. Akhirnya 2 minggu lepas terpaksa bagi dia formula milk jugak sebab memang stok EBM takde langsung dah. Even try marmet, pagi petang siap malam, stok yang dapat tak sampai 20oz pun. Memang tak cukup untuk Irfan. Takpelah, aku tak kisah sangat. Malas nak fikir sangat. Maybe takat tu je rezeki Irfan. Tapi kalau kat opis rasa Miss B keras dan bengkak je memang aku marmet, atleast dapatlah 6oz. Atleat tiap hari aku tinggalkan Irfan, dia akan minum susu ibu dan formula. 


Baby food
 
So, bila nak masuk 6 months ni, satu pengalaman baru pulak untuk Irfan dan aku. Memang la aku pernah lalui saat pertama kali nak bagi anak makan kan tapi macam aku cakap, lain anak lain ceritanya. Aku masih rasa excited seperti mana 1st time nak bagi Naurah makan dulu. Cuma yang buat aku risau untuk kali ini ialah, perut Irfan kerap kembung. Aku agak risau, untuk bagi dia makan. Memang lain sangat dengan Naurah dulu.

Untuk persediaan awal, aku belek-belek semula pasal baby food entry yang pernah aku share dulu. Antara tips yang perlu aku ingat :

- 4 days Rule. Kena bagi makanan yang sama untuk 4 hari berturut-turut sebab in that time kita boleh pantau sama ada perut dia boleh bertoleransi tak dengan benda baru masuk dalam perut dia tu. Sama ada sembelit ke, cirit birit ke, kembung ke, muntah ke.

- For the 1s time, just bagi small amount supaya perut anak tak terkejut. Jangan terlalu excited, mentang-mentang anak main nganga je bila disuap makanan. Rasanya dalam 5 o 6 susu kecik dah ok.

- Bagi makan waktu tengah hari. Supaya boleh pantau dia sama ada dia ok ke tak terima benda baru.

- Start dengan satu-satu jenis makanan dulu. Contoh, avocado + Susu Ibu (SI), epal + SI, Rice cereal + SI. Jangan campur-campur makanan tu sebab kita nak tau apa reaksi perut dan usus baby for the first time terima makanan pejal kan. Biasanya duk hadap susu je, so jangan ambik mudah ye, hana!

 Antara jenis-jenis makanan yang aku dah prepare nak bagi pada Irfan adalah:

-  The 1st food, start with cereal. Aku nak beli beras perang nanti then nak kisar. So bila nak makan, just tambah je dengan SI. Sebab apa, bagi cereal dulu? Sebab cereal kan rasanya plain je macam susu. Takde rasa manis, masam, pahit. So takdelah lidah dia terkejut dengan benda baru. Cuma dia akan rasa tekstur yang berbeza sedikit dari susu iaitu semi pepejal. Dan senang digest, kurang risiko alergik, mengandungi sumber iron yang tinggi.

-  2nd is, vegetables. Why vegetables? Why not fruit? The reason is, buah kan rasanya sedap, manis gitu. Once dia dah rasa benda manis, takut dia tolak nak makan sayur nanti. So aku prefer dia makan sayur dulu, like carrot, potato, zucchini, parsnip.

- 3rd is group buah pulak. Antara buah yang aku tak sabar nak bagi dia rasa ialah Avocado. Avocado takde rasa manis. Tapi kebanyakkan baby sangat suka avocado. Avocado ni paling naurah suka bila dicampur dengan yogurt. Tapi untuk permulaan buat irfan, avocado + SI. Antara buah lain ialah pear, apple, peach, banana, aprikot

- 4th group makanan adalah daging. Like Naurah dulu, aku hanya bagi ayam organik (yang ni senang jumpa kat kampung sebab ada orang kampung jual ayam organik), then ikan (salmon, tenggiri, ikan bilis). Tu pun akan diberi after all the cereal, vegetables and fruit groups dah lulus dan dengan jayanya Irfan menerimanya. haha

 Sebab terlalu excited, tanpa teragak-agak, aku siapkan jadual pemakanan untuk Irfan. haha

2-5 Februari  - Beras perang + SI

6 - 9 Februari  - Carrot puree

10 - 13 Februari  - Potato puree

14 - 17 Februari - Parsnip puree

18 - 21 Februari -  Carrot + Zucchini + SI

22 - 25 Februari - Butternut squash

26 - 29 Februari - Avocado puree

1 - 4 Mac - Pear puree

5 - 8 Mac -Apple puree

9 - 12 Mac -  Peach puree

13 - 16 mac - Rice cereal + Organic Chicken brooth

17 - 20 Mac - Rice Cereal + Ikan bilis

21 - 24  Mac - Cous cous + fruit + SI

and the list goes on

HAHAHA

So far tu je dulu mampu fikir and i will try to follow. Nanti tak payah nak serabut-serabut dah bila sampai masa. Incase anything happen in between, just skip mana-mana meal yang bermasalah tu, ganti with others food. Then yang bermasalah tu akan dicuba pada kali kedua after all the list dah habis. Begitulah lebih kurangnya.

Pendek kata, umur 6 dan 7 months adalah waktu untuk eksperimen, makanan mana yang sesuai dengan perut baby. Nanti bila dah lulus, just tanda untuk dicampur dengan bahan-bahan lain bila dia cecah 9 and 10 months. That time dah boleh rasa gabungan pelbagai jenis makanan dah. 

Kalau ada new food yang aku baru nak bagi Irfan rasa, just add the old one and the new one. Example, cous cous + papaya, rice cereal + potato + ikan tenggiri dll. If anything happen, dah tau apa yang tak sesuai dengan perut dia sebab yang lain dah pernah cuba kan.

Nampak macam susah dan complicated je kan? Tapi sebenarnya kalau kita enjoy, benda ni tak susah pun. Malah seronok je rasa. Tak sabar nak tengok reaksi anak bila kita suap macam-macam jenis makanan tu. Seriously seronok.

Harap Irfan tak picky eater. Seorang yang suka makan macam kakak dan ibunya. bahah!

Acah-acah.

Antara tanda-tanda anak dah get ready to eat adalah, dia akan lihat makanan dengan penuh minat, dia akan tekun tengok kita mengunyah sambil dia gerakkan mulut dia like nak makan something, cepat-cepat rampas makanan kat tangan kita (as u can see picture above T_T), crying walaupun dah bagi susu (maybe susu dah tak cukup mengenyangkan dia), that time 6 months usus dia dah get ready nak terima something new selain daripada susu.

Note for myself.

Till then.




#rai.hanacooking Arrowhead Chips / Kerepek Ngaku

$
0
0
Ini kali kedua aku makan kerepek ngaku. First time makan adalah Chinese New Year tahun lepas. Aku tau kewujudan ubi ni pun sebab tengok orang post kat FB. Katanya kerepek ni lagi sedap dari ubi keledek biasa. Aku kan mana boleh tahan kalau bab-bab makan ni, harus nak cuba. Gigih lah aku cari. Nasib baik ada jumpa kat Tesco. 

So this time, aku pi cari lagi. Kalau last year beli sikit je. Takat nak cuba. Tahun ni aku beli sampai 3 kilo. Jenuh oiii nak kopek dengan nak jaga anak lagi. 

Versi sebelum dikopek dan selepas

Sekali pandang, ubi ni nampak macam bawang pun ye, macam sengkuang cina pun ye. Tapi ia adalah benda berbeza sekali. Aku tak tau tempat lain tapi biasa Tesco ada jual ubi ni. Sekilo hari RM6.80. Jenuh aku pilih cari yang besar-besar tapi dah namanya orang beli lagi awal dari aku kan. So setakat 2,3 ketul je ada yang besar-besar.

Sambil hayun buaian, sambil kopek. Sakit jugaklah belakang ni nak habis kopek tu. Kopek berjam-jam, makan tak dan 15 minit licin sebotol. haha

Ubi ni ada time Chinese New Year je tau. Special kan. Masa aku beli tu, ada aunty tu tengah pilih. Aku rasa nak tanya je dia orang makan macam mana ubi ni, buat kerepek jugak ke. Tapi berat pulak mulut aku nak bertanya. Terpaksa pendam hasrat tu. Nanti try tanya chinese kat opis aku ni. Pasal ubi ni macam menarik je. Tak sangka sangat sedap bila dibuat kerepek. Rasa lemak lain dari ubi biasa.

 

Lepas dah siap kopek, kena sagat pulak nipis-nipis. Nasib baik kat rumah ada papan sagat yang ada pemegang tu. Laju la jugak nak buatnya. Bahaya kot kalau sagat guna tangan, takut tergelincir, berdarah tangan, kang ada yang jadi Raja Bersiong dalam rumah aku ni. hahah

Lepas sagat, basuh bersih-bersih. Jangan cuci gelojoh sangat, kang habis hancur ubi tu. Lepas basuh rendam dengan air garam dalam 5-10 minit gitu. Tapi masa tu, aku tengah layan anak, so terendam lama sikit, dalam 2-3 jam, rasa masin sikit ubinya. haha Tapi tetap habis jugak makan.

 

Dah sejat, baru goreng. Nak goreng tu guna api besar. Sebab aku sagat nipis-nipis, so kejap jelah garingnya.

 

3 kilo tu aku dapat dalam 1 botol besar, 4 botol kecik. Bawak kat opis sikit, bagi kat jiran rasa sikit, tinggal 3 botol je kat rumah. Dah habis sebotol malam tu terus. Naurah suka sangat kerepek ni. Sehingga hari aku taip entry ni, malam tadi last kerepek habis. Nampak macam kena g beli lagi ni. Selagi tak habis CNY, ubi tu ada je di jual di Tesco. Cuma nak jumpa yang besar-besar susahlah kot.


Satu lagi buah yang aku cari time CNY ni adalah buah kumquat. Sejenis buah limau cina. Yang memang ada time CNY jugak. Aku nk try buat kumquat marmalade dan buat oren cheesecake pastu letak kumquat. Macam best je. Dari tahun lepas lagi aku tengok orang share resepi ni. Aku kan pantang tengok makanan, memang teringin sangat lah nak mencubanya. Hari tu g tesco, takde nampak pulak kumquat ni. Lupa nak tanya staf tesco. Bila aku cari kat web tesco, ada je dijual maybe kat tesco lain kot.

Ni rupa buah limau kumquat tu.

sumber : google image
 
sumber: google image. Kumquat marmalade / Jem
 
sumber : google image

Sumber : gooogle image. Boleh dimakan dengan roti/biskut. Macam sedap je.
Sumber: google image. Ni paling nak cuba. Orange Cheesecake then letak kumquat kat atas tu. Ya Allah, menjejes ayaq liur ni.

Katanya, buah ni boleh dimakan sebijik macam tu je. Cuma biji kat dalam tu kena buang. Kalau nak buat jem, kena potong bulat then buang biji, masak dengan gula je. Boleh simpan dalam fridge, tahan dalam 6 bulan gitu.

Kalau dah jumpa nanti aku try buat then share kat sini je.
 hehe


Till then.




Diet tu susah, joging itu mudah. Jom!

$
0
0
Nak buat perubahan tu susahkan?
Apatah lagi orang yang nak kena hadapi perubahan tu. sigh

..................................................................................

 Nak kurus lagiii susah. Tiba-tiba. haha

 Actually dah beberapa minggu jugak aku pi joging. Kadang pagi, kadang petang. Tapi weekend jelah. Balik kerja memang tak menyempat nak jogingnya. Sampai rumah aje dah pukul 6 lebih. Mana nak layan anak lagi kan.

Alhamdulillah, Irfan is getting better walaupun masih ada saki baki bintik-bintik campak tu tapi dia dah mula happy go lucky, kuat menyembang, kuat mengayuh kaki. Suka sangat tengok dia macam biasa. Comel tau suara dia nak menyembang. Selalu je sebut "aba, aba" hehe

Setiap malam sebelum tidur, mesti berazam esok nak diet. Takkan minum air manis, nak minum air kosong je, nak makan nasi satu senduk je, taknak makan benda bergoreng, nak makan sayur sawi masak sup yang selalu dimakan waktu pantang tu, nak makan biskut kering je cicah air teh. Tapi bila celik mata aje waktu pagi, terus fikir, aku nak makan apa ye pagi ni? hahah Azam je lebih. Bila lah nak berjaya ni. Memang kalah betul dengan makanan.

Bila nak diet tak berjaya, marilah kita bersenam sedikit. Harap-harap dapat kurangkan sedikit lemak ni. 
 
Since Irfan dah ok, semalam keluar waktu pagi pergi joging. Biasanya Irfan ditinggalkan tapi kali ini bawak jugak bagi hirup udara segar. Keluar joging pun takde la awal sangat. Pukul 8 lebih jugak. Nasib cuaca cantik je pagi tu. 

Semangat tak ibu, siap ber 'uniform' lengkap lagi hah. Mau tak semangatkan, tengoklah ke'sado'an mak tu. Sobss
Mula-mula berjalan-jalan jelah keliling taman. Boleh tahan penatlah jugak berjalan-jalan. Bila nak berlari, pass Irfan kat makcik. Tak daya eh nak berlari sambil baby wearing. Budak-budak pun ikut jugak. Tapi budak-budak main mainan kat taman lah, apa lagi. Tu tujuan bawak makcik. Tolong tengokkan budak-budak sambil aku berjoging.

Handsome anak ibu. Eh. hahaha
Beautiful is Confident tajuknya. Gitu definisi cantik bagi mak. Tu pasal confident je nak selfie bagai. hehe
 Nasib semalam joging waktu pagi. Lepas joging singgah pasar jap beli barang basah then balik rumah, masak untuk lunch. 

Kalau joging waktu petang, ada harapan lepas buang lemak 1 kilo, aku tambah lemak 10 kilo. haha Pasalnya, kat taman tu ada orang berniaga tau. Berniaga pulak ABC, mee celup, cekodok goreng etc, punya lah sedap hoii. Kalau pi petang, wajib lah aku order. Mula-mula macam tak order la tapi namanya bawak budak-budak kan. Dah memang dia tau kat taman tu ada jual ABC, haruslah dia orang mintak. Dah takkan aku tengok aje dia orang makan. Ye dak? Harus la merasa jugak. kikiki


tergoda tak? Sos keropok dan cekodok tu pun sedap tau.


Naurah dan ABC nya.

 Malam tadi, terlayan Food Network Channel.  Tiba-tiba rasa sia-sia je joging after pekena sebekas Baked pasta. haha Memang gitu, dah makan baru nak menyesal. haha

Semuanya salah awak! Kenapa menggoda sangat ni. haha

 Nanti aku share resepi ye.

Akhir kata, semoga semakin rajin bersenam. Sekurangnya tak mampu nak diet, kawal makan, atleast boleh bersenam. Bukan untuk kurus sahaja, tapi bersenam baik untuk jantung jugak. 

Jom bersenang!

Eh.
Bersenam.

hehe


Till then.




Gemuk ke? Kenapa eh?

$
0
0
Hahahaha

Nak tergelak je baca komen Na kat previous entry. Tapi memang betul pun apa Na cakap. Rasa diri ni sado sangat sekarang ni. Tu yang gigih pi joging bagai. Kalau takkkkk, hmmmm jangan harap lah.

After bersalin, berat badan menurun jugak tapi tak banyak. Maybe orang nampak aku kurus sebab muka aku kurus kot. Sebelum ni kan pipi terjojol je tembam. Bila pantang, tang muka dulu nampak kurus, siap nampak cengkung bagai tau. Hakikatnya, berat badan idoklah slim sangat. Cuma ada sesetengah baju tu dah boleh dipakai. 

Tapi keadaan ini tidaklah bertahan terlalu lama ye. Harap bertubuhkan Che Ta berpanjangan, rupanya lemak muncul di petang hari. Aku memang tak salahkan sesiapa dalam hal ini, bukan salah Irfan juga yang tak kuat menyusu, melainkan diri sendiri yang bersalah sebab sangat berselera untuk makan. haha Nak pulak mana rajin exercise, so lemak sangat bermaharajalela kan hidup bahagia aman sentosa, siap beranak pinak lagi. tsk.

Tell me, duduk dengan mak, ko mampu tak makan masakan mak? Nak-nak lepas balik kerja, tengah lapar kan. Kalau dapat dinner awal ok gak, pukul 8 lebih baru nak makan. Pukul 9 tidokan anak, dengan kau sekali tido kan. Dah macam mana? T_T 

Lagi 1, kalau waktu office hours, aku rasa makan macam tak ingat dunia. Nak-nak pulak sekitar workplace ni bersepah kedai makan. Yang paling best harganya murah gila ok. Untuk seorang yang gemar makan LIKE ME, mestilah ko akan membeli. Tak payah tunggu perut bagi hint lapar, makanan memang standby atas meja. My Bad. T_T Eh, kalau aku tak beli makanan pun, colleague memang pemurah amat tau. Suka beli makanan pastu panggil makan beramai-ramai kat Pantry. Asal lapar je, memang ada dia orang letak makanan kat pantry. Biasa makanan kat atas meja tu, dia orang wakafkan, boleh aje makan. 

Lagi satu, tempat kerja ni memang syurga makanan kot. Asal ada majlis apa-apa je sure akan sediakan makanan. Sedap-sedap pulak tu weh. Kalau dengar talk tu, masuk dewan aje dah bagi goodies (air kotak/mineral dan roti/biskut), sambil dengar orang bagi talk boleh isi perut dulu. Dengar talk 2 jam lebih kurang, disediakan lunch pulak. Lauk pauk yang cukup menyelerakan. Kau rasa, seorang yang bernam Hana tu boleh tolakkan makanan?? haha

Memang tak r.
Then, kau cakap, kat sini nak makan apa, semua ada. Even kau nak makan chicken chop di siang hari pun mampu, harga mampu makan. RM6 kau boleh dapat sepinggan chicken chop dengan side dishes lagi. Kat area sini ada Mc Donalds, Marrybrown, Pizza Hut, Dominos, Cool block, Kedai Nasi Arab, Kopitiam, Kedai Nasi ayam, Kedai nasi kukus, Kedai nasi (pelbagai lauk pauk ada dalam 10 kedai), gerai-gerai jual benda bergoreng, ABC, supermarket. Eh, kau cakaplah nak apa, Insya Allah semua ada. Tu yang aku rasa senang nak makan, jalan kaki je pi kedai-kedai aku senaraikan kat atas tu, punyalah dekatkan.

Perut aku kan perut kampung. So pagi-pagi haruslah diisi dengan nasi dulu. Biasanya aku beli nasi kat kedai Kak Moh. Standard lah gulai ayam, then waktu rehat biasa makan benda bergoreng jelah. Jarang makan benda berat. Aku punyalah excited masa mula-mula kerja kat sini sebab tengok harga makanan yang murah plus pelbagai benda yang menyelerakan untuk dimakan. Siap ambik gambar. And you know what, colleague ni bukan jenis suka ambik gambar macam aku, mula-mula dia orang pelik sangat aku suka ambik gambar makanan before makan, aku buat derk jelah. Aku saje nak share dalam blog, betapa syorgaaaaaaaaaaaaaanya makanan kat sini. kikiki

Antaranya:

Lunch kat pantry. Laksa Penang, colek buah jambu, roti cicah gulai ayam dan jeruk madu pak ali by colleague. Aku hanya makan. heee
After takilmat. Kambing bakar, daging rusa goreng, brownies, cupcake, kastard puding, creampuff and not in picture (laksa penang & nasi).

Breakfast. Almost everyday aku makan nasi macam ni. Kadang-kadang je tukar lauk. RM3 only.
Breakfast. Yours truly bawak baked pasta untuk colleagues tapi nasi for breakfast tetap tak boleh skip. Perut kampungkan, kalau breakfast tak makan nasi memang tak boleh.
An event. Breakfast.
Lunch for farewell colleague. Very nice and cheap. RM10 tak silap.
Lunch. For farewell and birthday at workplace. They collect RM5 onyl untuk share beli.
Lunch with colleague. ABC Pulut Tapai, ABC Jagung.  RM3.
Lunch. Kuew Tiaw Celup beli kat Pasar Tani. RM3. Tak sedap langsung. haha
Air teh hijau yang paling sedap aku pernah rasa setakat ni. RM3. Dan kuih muih RM2.
Lunch. ABC Rainbow RM3.50 dan Nasi Ayam RM4. Both sedap nak mati.
Long Waffle yang disalut dengan nuttela dan coklat. Sedap sangat ni. RM1 satu.
Roti titab. Ni sangat famous kat Kelantan. Lokasi kat Kopitiam Kita. Jauh gak dari opis tapi officemate bawak masa aku preggy.


Mee Celup Landak. Best sangat-sangat ni. Harga pun murah je. Dekat dengan opis ni but still kena drive lah nak g makan.
Nasi dagang, daging goreng. Ni breakfast. Murah sangat ni. Tak silap RM2.50 atau RM3 gitu.
Dah tunjukkan gambar kat atas? Nak tunjuk lagi sekali. Green Tea, sumpah sedap nak mati. RM3 tapi dia punya banyak macam 3,4 orang boleh minum dan yang penting green tea dia tu terasa amat, tak cair macam orang lain jual. Ni gerai kat Chabang Tiga, PC. Dekat dengan opis jugak but still kena drive.

Tu jelah antara gambar sempat aku ambil. Banyak lagi sebenarnya, nak-nak yang selalu dapat makan free. Baik opismate bawak atau pun makanan after habis event. hah

So, tell me, macam mana tak gemuk, semua makanan sedap-sedap hoii.
 Ok la, aku gemuk, aku bagi chance korang cantik. Ok what??
HAHAHAHA


Till then.


Muhammad Irfan turns to 6 months old and his 1st meal is Avocado puree

$
0
0
Happy 6 months old, anak ibu!
5 bulan yang penuh pancaroba sebagai seorang ibu. Rasa macam belajar benda baru bila Irfan muncul. Irfan berbeza sangat dengan Naurah. Agak mencabar jugak untuk aku handle. But, Alhamdulillah, so far so good. Mampu bertahan mental dan fizikal. haha

Bila masuk 6 bulan ni, rasa macam fasa baru dalam kehidupan Irfan dan aku. Agak excited nak tunggu bagi dia makan. Selama ni bagi susu jekan walaupun kadang-kadang agak cerewet, kena fikir apa patut aku makan takut dia kembung perut but i manage to handle it, even not to well sangatlah kan. haha 

Since this is my 2nd baby, but aku masih rasa excited nak tunggu dia makan (just like how i feel masa Naurah dulu), rasa seronok nak try n error what food he love and not, rasa gembira bila tengok makanan yang kita sediakan tu dia makan dengan seleranya, rasa teruja nak post gambar dia makan and share the recipe (actually resepi sama macam Naurah je pun) baby food kat blog ni. Semuanya excited lah pendek kata. 

Previous entry, i mean THIS ENTRY beriya tau aku buat jadual pemakanan by date untuk Irfan. Atlast kelaut jugak. haha

Kisahnya, aku cite kat mak, nak cuti on 2nd February semata-mata nak bagi 1st meal kat Irfan sendiri. Beriya sangat kan? haha I know. 
Tapi macam biasa, mak aku marah punya. kahkah Adalah sebab dia marah tu (something that happen in workplace aku cerita kat mak, so she said, ada hati nak cuti lagi tu. kiki)
So, we (i n my mum) decide, alah bagi jelah awal food kat Irfan. Lagi beberapa hari je pun. 

"Ma tengok Irfan ni dari 4 bulan ritu lagi nak makannya. Asal orang makan je mulut dia duk bergerak je, asal orang makan nak capai tangan orang sumbat ke mulut dia. Geram je nak bagi makan." - my mum said.
  
Alhamdulillah. Mak aku mampu mengawal perasaannya. haha Kalau tak memang Irfan akan makan masa 4 bulan tu. Trust me, anak aku yang ni lain sangat dari Naurah. Tengoklah gigi dia pun tumbuh awal dari Naurah. Dia punya minat nak makan tu, Ya Allah tuhan je tau. Kalau orang kampung tengok ni memang dan-dan tu suruh aku bagi nestum kt Irfan. Tapi aku boo layan jelah. Nasib baik mak aku pun respect dengan keputusan aku.

So, hari Jumaat baru-baru ini, aku pun dengan gembiranya sediakan 1st meal kat dia. First aku buat ialah beras perang + SI.

Resepi:

- Beras perang (dibasuh, toskan, then goreng atas kuali sebab nak bagi kering je, jangan goreng sampai hangit pulak, then kisar halus, simpan dalam bekas.)

- Bila nak makan, ambik beberapa sudu, masak bagi kembang then sejukkan sedikit, tambah dengan susu ibu (SI).

- Siap.

1st suapan Irfan makan tapi terus buat muka tau. 2nd suapan dia taknak bukak mulut tapi aku pujuk jugak. Dapat la makan sikit then lepas tu terus dia pusing kepala setiap kali nak suap. Ok, fine. Its failed! T_T

Dan-dan tu jugak nak buat carrot puree tapi lucunya carrot lupa beli. Depan rumah aku ada orang jual ikan dan sayur tau. So mintak tolong anak makcik pi beli tapi carrot takde. Since dalam peti ais ada avocado yang dibeli last week, so aku pun lenyek avocado.

Terujanya, 1st suapan Irfan makan then muka macam blur gitu, 2nd dia nganga lagi then terus senyum gembira. haha Lucu sangat ni. Aku ada share video kat fb untuk kenang-kenangan. Ibu suka sangat Irfan boleh menerima avocado. Yeay!
 
Avocado puree + SI

Tips membeli avocado : Kalau nak bagi anak makan 1 or 2 days after beli tu kan, make sure pilih avocado yang dah masak. Nak tau masak ke tak, kulit dia gelap nak hitam sikit then bila tekan dia dah lembik. Kalau nak bagi anak makan lambat lagi, like ( a week lagi) tapi alang-alang g shopping mall tu terbeli jugak avocado, its ok sebab avocado kalau disimpan dalam fridge memang tahan lama. Aku beli avocado tu 2 minggu dah kot, alang-alang nak pi beli barang dapur kat Tesco ritu. Hajatnya nak buat pasta with avocado sos kat Naurah tapi pastanya dah habis buat baked pasta ritu, so aku bagi jelah kat Irfan. Kalau beli yang keras, 2 hari before nak bagi baby makan tu, letak avocado kat luar atau simpan dalam beras, automatik dia akan jadi lembik.

"yeayy dapat makan
 
nyum nyumm

"hurmmmm ibu bagi makan apa ni?"
"Eh, sedap la"
 
"Urmmm sedapnya. Saya suka la ibu"

hahahaha

 Hari ni adalah hari kelima Irfan makan avocado. Esok meal baru sebab avocado cukup-cukup untuk hari ni je. So far, takde pulak naik rashes atau poo poo sembelit. Alhamdulillah.

Insya allah next is carrot puree + SI. Will see, Irfan makan ke tak. Kalau dia tak makan, plan b adalah gantikan dengan potato. Biasa baby suka makan potato. I mean pengalaman dengan Naurah dulu lah. EH, tapi Naurah ni semua benda dia makan. haha Irfan, please makan macam kakak eh, baru ibu seronok nak prepare macam-macam.

Apa-apa pun, ibu harap untuk bulan-bulan yang mendatang, Irfan sentiasa kuat, sihat, aktif, makin bijak, makin comel dan kita bergembira bersama-sama sambil enjoy milestone Irfan.



Till then.
 
 

#raihanacooking Resepi Baked Pasta

$
0
0
Aku memang penggemar makanan barat tambah-tambah kalau yang laoded with cheese. Memang la orang gemuk suka makanan yang boleh buat jadi lagi gemuk kan? T_T

Sejak pindah ni, dah lama tak masak pasta. Naurah kan bila dia tengok gambar bento dalam hp, selalu dia suruh buat kat dia. Kesian sangat. Buat bento kat dia masa tu dia mana faham. Baby lagi kan. Dah besar bukan aku nak buat. Sorry ye Naurah, nanti ibu buatkan tau.

Alang-alang ada pasta dan cheese kat rumah hari tu, terus rajinkan diri nak buat baked pasta. Buatnya pulak waktu malam. Gara-gara tak tahan duk layan Food Network Channel, tak memasal supper malam tu. tsk

Nah, resepi tak seberapa dari aku. Baked pasta in my way.

Baked pasta with white sauce.


Bahan-bahan:

- pasta (riben/roll/macaroni etc)

- Mozarella cheese 

- parmesan cheese (optional)

- cheddar cheese (optional)

- sos prego krim + cendawan 

- Ayam (dipotong dadu)

- 1 kotak kecil susu segar

- Cendawan butang (dipotong dadu)

- Bawang holland (dipotong dadu)

- Tomato (dipotong dadu)

- Daun parsley (dicincang halus) / boleh juga guna parsley flakes

- Origano & Thyme (saya guna yang flakes) (optional)

- Serbuk lada hitam

- Butter

- Sedikit garam

- Minyak masak

- Air


Cara membuatnya :

- Gaul pasta dengan minyak. Then masukkan pasta ke dalam periuk dan isi dengan air. Rebus pasta sampai kembang.

- Setelah pasta kembang, toskan.

- Masukkan butter dalam kuali, masukkan bawang holland.

- Bila sudah naik bau, masukkan ayam. Kacau sementara.

- Masukkan cendawan, sos prego dan susu segar

- Apabila sos sudah mendidih, masukkan parsley, origano, thyme, serbuk lada hitam dan sedikit garam

- Kacau sekejap, then masukkan cheddar cheese (anggaran dalam 2 keping) dan masukka juga tomato

- Apabila cheese sudah cair, tutup api.

- Masukkan pasta dan parmesan cheese dalam kuali then kacau dengan berhati-hati supaya pasta tak pecah.

- Masukkan pasta ke dalam bekas acuan.  Diakhiri dengan menabur mozarella cheese dan parsley flakes ke atas pasta.

- Bakar sekejap (suhu ikut oven masing-masing), just nak bagi keju cair sahaja.

Beli Mozarella cheese block, then parut sendiri, lagi jimat.

Before bake
Bawak 4 bekas untuk dimakan bersama-sama dengan colleague



Till then.
 

Potluck opis

$
0
0
Lepas makan mesti rasa menyesal sangat. Menyesal sebab makan banyak. Tak tahan oiii tergoda dengan lauk pauk best-best, tambah-tambah budu tu. Menyesal sebab tak pernah-pernah nak insaf. T_T 

Actually dah lama plan nak buat potluck, makan sama kat opis. Masa tempat kerja lama, selalu jugak buat potluck ni tapi takde la sampai masak lauk macam ni, siap budu bagai hah. Gigih ok aku bangun pukul 5 semata-mata nak bawak lauk kat opis. Walaupun goreng sardin je pun. haha

Semalam makan nasi dagang. Bos order as farewell dia. Kemain, pagi dan tengah hari aku belasah nasi dagang. Esok mak cakap nak buat keset jantung pisang. Errr, harapan lah nak diet.

Eh, macam manalah nak control makan ni. Help!!!

Tapi seronoklah buat potluck ni. Dapat makan ramai-ramai kat opis. Menambahkan silaturahim antara kawan-kawan opis. Nak-nak aku staf baru kan. Tapi dengan dia orang ni kecoh macamkan dah kenal lama. Tanpa segan silu jugak, aku belasah tambah nasi tak teragak-agak. Takde control ayu punyalah nak makan. haha Maybe sebab dah pegang status as "mak-mak" so kurang rasa malu di situ. haha

Antara lauk pauk potluck tadi. Terliur tak tau ye, hehe

Asam pedas ikan patin. Colleague masak. Sedapnyaaa. Dahlah aku merindui ikan patin masak tempoyak kan, tapi bila dapat ikan patin masak asam pedas ni pun dah cuku syorgaaaaaaaa

Ikan apa entah masak lemak cili api. Tak dan nak jamah sebab aku sibuk dengan asam pedas

Sardin goreng ni yours truly masak. kiki Sedap ke? Mesti la sedap. HAHAHA

Telur dadar by colleague
 
Ulam ulaman ni colleagues sempat beli kat pasar tani tadi. Gila banyak dibeli, macam-macam jenis ulam ada. Heaven betul.

Ni paling win. Ni lah sebab aku makan nasi bertambah-tambah tadi. T_T

Tak cukup nasi 1 periuk, colleague g beli nasi pulak kat kedai bawah tadi. Nampak tak masing-masing kemain mentedarah. haha
 
Pinggan nasi aku. Acah-acah ambik sikit. Lepas tu kemain 3 4 kali tambah. haha
Partner in crime.
 
Ni nasi dagang makan semalam. Sedap hoiiii.
Ni adik tinah. Dia memang pandai masak. Asam pedas tu dia yang masak. Haritu makan laksa penang dia buat. Ya Allah sedapnya. Untung laki dia hah.

 Biasalah, lepas belasah 3 4 pinggan, tanpa teragak-agak rasa macam preggy women 5 bulan tau. Nak nangis pun tiada guna. haha Nantilah, aku gigihkan lagi bersenam, harap-harap berkesan lah. Tak payah kena diet berlapar bagai kan. Will see. hehe






Till then.
 

7 oz ++ ebm. Now thinking....

$
0
0
So, today is my 1st day kat opis after long holiday last week. Actually takde pi makan angin kat mana-mana pun, tapi terpaksa jugak ambik cuti CNY seminggu. Hari ahad kena cuti sebab pekeliling tempat kerja diwajibkan semua staff cuti untuk elak pembaziran elektrik. Then hari Rabu dan khamis sepatutnya aku keje tapi kena cuti sebab whole family tak sihat, termasuk my mum. Siapa nak urus anak-anak kan, dengan makan minum mereka. So aku terpaksa ambik emergancy leave. 

Actually ada cerita about taking emergancy leave ni tapi nantilah dulu. I am not in mood to talk about that. Ada benda lain lagi mengganggu fikiran hari ni. Salah satunya ialah, i see the new chart for restructuring at workplace yang turut libatkan aku. When i see it, aku tak tau nak ketawa ke nak nangis. It is because my job will turn 360 degress. Totally i will do something new after this. Feel a little bit sad and at the same time quit excited to learn new thing. Will see what happen after this. After i got the confirmation letter, i will blog about this. For time being, wat lek wat pis sudaaaaa! hahaha
*walaupun dalam hati, hanya tuhan saja yang tau*

Anyway, aku agak excited jugak today because Miss B produce so many milk today. Terkejut ok. Before 11pm, Miss B dah bengkak and sampai lencun baju hah. Rasanya almost 2 months kot aku dah tak bawak beg EBM ke office. Because setiap kali nak marmet, milk tak produce banyak pun. Pernah share before this the whole story. 

So now, aku recall semula what i have done and ate sampai boleh produce milk sebegitu banyak. Hurmmmm. Nak kata mood happy melampau, tidak jugak because too many thing jugak yang aku fikirkan sampai nak stress gitu. Malam tadi aku makan nasi macam biasa, cuma lauk kari (which is lama gila tak makan kari), then this morning breakfast with nasi lemak. Sebab makan nasi lemak ke? Ok, esok i will repeat again makan nasi lemak. Mana tau kan?


5 minute marmet and i got this.

 Not bad kan? Hope masih ada rezeki Irfan untuk aku continue marmet for ebm stock. Masih rajin lagi ni. hehe

My beloved family. Anak-anak muka serius pasal demam, include me. Zan je tak dijangkiti, so happy la dia nak selfie.


Well, that is all for today. 
Till then.






Viewing all 52 articles
Browse latest View live